Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM10 juta dalam masa 5 hari!

safwan by safwan
September 13, 2022
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Tempatan
0 0
0
Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM10 juta dalam masa 5 hari!
Share on FacebookShare on Twitter

Ditayangkan bermula pada hari Khamis lalu, Abang Long Fadil 3 kini mengutip sebanyak RM10 juta selepas 5 hari tayangan. Filem arahan Syafiq Yusof sebelum ini, telah mengutip sebanyak RM 13 juta selepas 13 hari tayangan di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Filem Abang Long Fadil 3 telah menampilkan banyak watak lama dan baru dalam filem ini seperti  Zizan Razak sebagai Fadil, Tania Hudson sebagai Yana, AC Mizal sebagai Cobra, Wak Doyok, Johan sebagai Chow Han, Elizabeth Tan sebagai Alice, Maya Karin sebagai Ejen Maya, Khir Rahman, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Tambah pula dengan gabungan Jozan, ia sudah pasti memenangi hati ramai peminat seluruh Malaysia. Sebelum mencapai RM10 juta pada hari kelima, filem ini telah disambut oleh ramai peminat pada hari pertama sehingga mengutip sebanyak RM3 juta. Memang padu rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada filem tanah air kita sendiri.

Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam mengatakan yang kejayaan itu membawa visi mereka dalam menghasilkan filem dengan nilai hiburan terbaik buat penonton.

Syukur atas sambutan memberangsangkan untuk filem Abang Long Fadil 3. Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan filem yang dihasilkan dan ia mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.

Sejak ditayangkan, kami sudah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas mereka menyaksikan filem ini dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Abang Long Fadil 3 adalah sebuah filem aksi komedi dan merupakan sekuel kepada Abang Long Fadil 2 pada tahun 2017. Berikut adalah sinopsis filem ini:

Filem “Abang Long Fadil 3” mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang menerima tawaran daripada “NSS” (NATIONAL Secret Service) untuk menjadi perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan terbesar samseng ‘SSO” (Secret Society Organization) yang diketuai oleh “Chow Han” dengan niat jahat untuk menakluki negara Nusantara.

Ejen Fadil kini bekerjasama dengan Ejen Alice untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han, tetapi keadaan semakin rumit apabila bekas teman wanita “Yana” Fadil mengganggu misi NSS. Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh NSS, jadi dia menghantar seorang pembunuh “King Cobra” untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Baru 5 hari ditayangkan dah cecah RM10 juta, filem Abang Long Fadil 3 memang terbaik! Mana yang tak sempat lagi tengok tu, korang boleh pergi ke GSC atau TGV atau pawagam lain untuk layan filem yang penuh aksi dan komedi ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Abang Long Fadil 3
Previous Post

Finale Bleach rasmi tidak akan sensor, siap tunjuk adegan brutal dalam teaser!

Next Post

Sah! Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Sama Seperti Anime!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Sah! Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Sama Seperti Anime!

Sah! Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Sama Seperti Anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd