Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

A Space For The Unbound Review — Penceritaan Penuh Misteri dan Kejutan!

Maira by Maira
January 19, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
A Space For The Unbound Review — Penceritaan Penuh Misteri dan Kejutan!
Share on FacebookShare on Twitter

A Space for the Unbound merupakan sebuah game indie yang dihasilkan oleh negara jiran, Indonesia. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan salah satu tajuk game indie yang dinantikan ramai. Bukan setakat itu sahaja, game ini juga telah memenangi beberapa anugerah sebelum ia dilancarkan. Mesti anda juga ingin tahu best atau tidak game ini? Tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami ini!

Penceritaan & Watak

Dibangunkan oleh Mojiken dan diterbitkan oleh Toge Production, A Space for the Unbound merupakan sebuah game “Slice-of-life” yang berfokuskan naratif cerita. Pemain akan dibawa ke sebuah penceritaan yang berlaku pada penghujung 90-an, di sebuah kawasan luar bandar di Indonesia. Atma, seorang pelajar lelaki cuba untuk membongkarkan perkara ghaib yang berlaku dalam kehidupan sehariannya, di mana ia seperti berulang dan membawa lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Penceritaannya membuatkan kita untuk cuba meneka jawapan kepada semua persoalan sambil ia memberikan sebuah pengalaman yang santai dan membawa pemain mengimbau zaman remaja mereka. Walaupun begitu, ia masih mempunyai elemen-elemen seperti kemurungan, kebimbangan dan pelbagai jenis masalah kesihatan mental yang mungkin tidak sesuai untuk semua pemain, tetapi mampu memberikan mesej yang sangat bermakna.

Antara benda yang kami paling suka tentang penceritaannya ialah watak-watak dalam game ini, terutamanya Atma. Sikap serta cara dia memberikan reaksi dalam game ini sangat menyeronokkan. Macam-macam karenah Atma yang anda akan lihat dan dia juga masih buntu tentang perkara-perkara aneh yang berlaku di sekelilingnya. Selain Atma, Raya juga seorang watak yang menarik termasuklah salah satu watak lain, yang bakal membuatkan pemain terkejut. Kalau nak tahu watak tersebut, kenalah main game ini nanti.

Grafik

Walaupun ia tidak mempunyai seni piksel yang terperinci seperti HD-2D, tetapi kami menyukai estetika game ini. Ia nampak mudah tetapi ianya cantik serta mempunyai aura nostalgik yang membawa kita pada tahun 90-an di Indonesia. Ada warung, khemah kenduri kahwin yang selalu menghalang jalan, watak yang mendengar muzik keroncong dan banyak lagi. Lebih penting sekali, kita boleh belai kucing yang dan berikan nama kepadanya. Terdapat juga adegan tersendiri untuk memperkayakan pengalaman, terutamanya adegan sinematik untuk cerita ataupun adegan rawak di mana anda dapat melihat kualiti seni piksel game. Bagi kami ianya menambahkan lagi tarikan kepada adegan tersebut.

Gameplay

Bercerita tentang gameplay, kami telah nyatakan bahawa ianya sebuah game adventure yang kasual. Tetapi banyak juga benda yang perlu dilakukan. Game ini agak linear tetapi anda sebenarnya lebih bebas untuk teroka beberapa tempat untuk teruskan penceritaan. Permulaannya mungkin terhad dan kita akan mula dengan puzzle yang mudah. Game akan betul-betul bermula selepas habis prolog dan terdapat banyak benda baru yang kita akan alami dalam setiap bab, tidak kiralah puzzle, event ataupun mini-game.

Mekanik utama game tertumpu kepada kuasa supernatural pemain, di mana kita boleh masuk ke dalam minda orang dengan membaca Magical Red Book. Mekanik ini dinamakan Spacedive dan kita hanya boleh aktifkan apabila bertemu dengan seseorang yang mempunyai masalah mental ataupun seseorang yang tidak boleh melupakan sesuatu yang ada dalam fikiran mereka. Watak-watak ini mempunyai bunga berwarna kuning di atas kepala mereka, di mana anda boleh berinteraksi dengan mereka dan masuk ke minda watak. Sesudah masuk, kita akan melihat imej tentang perkara yang mereka hadapi dan cuba membantu watak melepaskan diri atau mencari penyelesaiannya.

Dalam game ini, memang banyak puzzle yang anda akan jumpai dan kadang-kadang perlukan anda untuk berfikir untuk mencari item atau petunjuk. Ini satu lagi perkara yang kami suka. Puzzle yang ada sangat menyeronokkan dan unik antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan puzzle mudah untuk diselesaikan, ia boleh mengambil masa dan anda akan diperkenalkan dengan Crossdive, di mana kita akan masuk fikiran seseorang yang ditemui dalam fikiran orang lain. Jadi proses untuk ke segmen cerita seterusnya akan memakan masa.

Terdapat juga mini-game, item untuk dikutip serta beberapa pertarungan dengan elemen QTE dalam game ini. Bolehlah anda berehat melakukan benda lain yang lebih santai sebelum sambung misi utama.

Sedikit komen

Sepanjang bermain, kami tidak menjumpai sebarang masalah. Segalanya lancar sahaja. Tetapi kami rasa game ini boleh ditambah baik lagi. Sebagai contoh, pilihan dialog direka untuk membolehkan pemain swipe ke kiri dan ke kanan. Pada mulanya kami telah tersilap sehingga melangkau beberapa dialog, tetapi nasib baik ada log teks. Bolehlah baca balik ayat yang dilangkau tadi.

Kalau bermain dalam bahasa Indonesia, kawan kami di GamerWK memberitahu bahawa game itu menggunakan bahasa yang terlalu formal. Sesuatu yang jarang sekali didengari dalam kehidupan seharian. Rasanya ia akan menjadi lebih menarik jika sari katanya memberikan terjemahan yang lebih santai untuk dialognya. Ia juga boleh membuatkan kita membezakan watak-watak dengan lebih mudah.

Kesimpulan

Kalau anda memang dah lama tunggu A Space for the Unbound, kami boleh jamin ianya sangat berbaloi untuk mainkannya. Daripada awal game sehingga akhir, anda akan merasai pengalaman bermain yang santai, unik serta menarik. Walaupun ia terlalu fokus kepada penceritaannya, game ini masih memberikan mekanik gameplay yang seronok. Bukan setakat itu sahaja, memang susah untuk ramal apa yang berlaku dalam ceritanya, melainkan anda seseorang yang banyak menghabiskan masa bermain game visual novel.

A Space for the Unbound tersedia di PS4, PS5, Nintendo Switch dan PC melalui Steam bermula hari ini. Kalau anda ingin rasai apa yang kami alami, cepat-cepat dapatkan salinan anda sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

A Space for the Unbound

8 Score

PROS

  • Penceritaan yang menarik dan sukar untuk diramal
  • Watak-watak yang hebat
  • Grafik piksel hebat yang mencerminkan kawasan luar bandar Indonesia
  • Pelbagai benda yang tersedia untuk dilakukan

CONS

  • Perkembangan cerita terlalu linear dengan akibat yang minimum
  • Penggunaan bahasa Indonesia yang terlalu formal

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: A Space For The UnboundMojikenToge Production
Previous Post

Infinix Malaysia mengumumkan NOTE 12 2023 dalam pakej MLBB Light Chaser Beatrix M4, harga mula RM799!

Next Post

《Clash of Clans》Tahun Arnab TVC Promosi Animasi Mendedah, Kulit yang Terhad Masa dan Adegan Menampil dengan Kejutan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
《Clash of Clans》Tahun Arnab TVC Promosi Animasi Mendedah, Kulit yang Terhad Masa dan Adegan Menampil dengan Kejutan!

《Clash of Clans》Tahun Arnab TVC Promosi Animasi Mendedah, Kulit yang Terhad Masa dan Adegan Menampil dengan Kejutan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd