Baru-baru ini, kami ada menemu ramah dengan Rudy Khaw, Chief Brand Officer AirAsia dan juga Izal Azlee, Content Strategist AirAsia mengenai Project Kavvaii – sebuah projek unik yang sedang diterokai mereka dan apa mereka fikirkan mengenai bakat Vtuber mereka iaitu Aozora Kurumi.
Jika anda ingin tahu, pada awal tahun ini, AirAsia telah memperkenalkan Project Kavvaii dan Vtuber pertama mereka, Aozora Kurumi. Ini merupakan pengumuman yang agak mengejutkan lebih-lebih lagi daripada syarikat penerbangan yang kita kenali ini. Dalam temu bual ini, ada menyentuh beberapa perkara tentang aktiviti yang dilakukan AirAsia sepanjang pandemik ini dan bagaimana mereka mula untuk wujudkan Vtuber mereka. Jadi, pelbagai perkara yang dapat anda ketahui mengenai Project Kavvaii.

AirAsia juga akan menyambut ulang tahun ke-20 mereka tidak lama lagi. Jadi, anda semua jangan lepaskan peluang untuk menonton livestream Kurumi pada hari tersebut. Akan ada giveaway menarik semasa livestream tersebut tau!
Apa lagi, jom kita lihat temu ramah tersebut!
Akibat pandemik agak sukar untuk penerbangan dijalankan. Apa yang AirAsia jalankan sepanjang dua tahun ini?
Rudy: Maksud saya itu adalah perkara yang jelas bahawa dua tahun yang lalu agak sukar, bukan sahaja pada kami tetapi pada keseluruhan industri pelancongan. Sebagai AirAsia, dan menjelang ulang tahun ke-20, kami tidak pernah membiarkan detik-detik seperti ini mengecewakan kami dan sebagainya. Kami adalah salah satu jenama yang mahukan cabaran. Dan saya fikir kami benar-benar mengambilnya untuk AirAsia sentiasa menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.
Situasi COVID dan pandemik hanya mempercepatkan proses tersebut. Sejak dua tahun yang lalu selain daripada memperkenalkan barisan dan perniagaan baru seperti penghantaran makanan, e-hailing malah anda juga boleh menempah daripada syarikat penerbangan lain menggunakan platform AirAsia. Ia merupakan sebahagian daripada idea untuk mencari cara baru untuk melibatkan diri dengan pengguna.
Kami mula menerokai kandungan lain, jadi kami mula melakukan lebih banyak perkara seperti artikel bertulis, beberapa video original dan salah satu perkara yang timbul ialah “apa yang kami boleh lakukan dalam ruang maya.” Jika anda sudah biasa dengan AirAsia, anda pasti mengenali Ava, chatbox kami dan kami cuba untuk mengembangkannya menjadi sesuatu dan kami jelas mendapat pembelajaran daripada itu juga.
Jadi sepanjang 2 tahun tersebut, saya boleh katakan bahawa AirAsia mengambilnya sebagai peluang untuk melakukan lebih banyak perkara sebagai jenama, sebagai sebuah syarikat yang berkhidmat untuk pengguna dan sebagainya.

Sosial media kini berterusan dengan penghasilan kandungan dan lebih banyak jenama perlukan sosial media untuk bertahan. Jadi, secara umumnya, adakah kamu rasa ianya idea yang bagus untuk jenama mempunyai platform penciptaan kandungan?
Rudy: Saya rasa ya. Ia jelas bergantung pada jenis syarikat dan cara anda berinteraksi dengan pengguna dan penonton anda.
Untuk AirAsia, kami sentiasa menjadi jenama gaya hidup. Jika anda kenal pemilik kami, Tony Fernandes dan ramai pengurusan kami datang dari industri muzik juga. Jadi, hiburan itu ada dalam darah AirAsia. Seperti perkara yang kami lakukan bersama jenama lain seperti UFC. Kami juga pernah menaja jelajah Taylor Swift di Asia Tenggara. Kami sentiasa mengetahui bahawa kandungan akan menjadi komponen utama untuk bagaimana kami akan mendorong AirAsia, bagaimana kami akan mendorong pengguna kami dan membuat mereka berinteraksi dengan kami juga.
Jadi untuk jenama lain ia juga penting, tetapi ia masih bergantung pada jenis industri yang mereka masuk. Walaupun begitu, kami dan pengguna akan menggunakan peranti mudah alih sepanjang masa. Tidak kiralah peranti apa, kandungan berada di sekeliling kita, tidak kiralah digital atau fizikal, ia adalah penting untuk jenama dan syarikat untuk mengambil bahagian.
Project Kavvaii muncul secara tiba-tiba. Bagaimana reaksi Tony Fernandes mengenai idea tersebut?
Rudy: Semasa kami bentangkan idea itu, Tony sebenarnya menggalakkan kita untuk melihat juga. Salah satu perkara yang dia selalu mencabar kami adalah bagaimana kami membawa Ava ke peringkat seterusnya. Apabila kami membawa ini kepada Tony, dia berkata “Ia seperti idea yang bagus.”
Kami terus bercakap mengenainya, kami akhirnya sampai ke tahap di mana kami mula memahami sedikit sebanyak tentang industri. Sejujurnya, saya bukan pakar V-tuber. Tetapi kami tahu ada ruang untuknya dan tahu komuniti sayang dan menyokong bakat yang terlibat dalamnya.
AirAsia sebagai jenama, sentiasa menjadi jenama yang mengutamakan pengguna. Salah satunya ialah kami juga menyokong bakat. Sebagai jenama yang berkisarkan tentang Asia Tenggara dan cuba mencipta platform untuk bakat dan artis ASEAN untuk bersinar dan dilihat. Inilah ruang yang betul-betul kami cuba.
Jadi melalui medium ini, kami ingin mencari ruang baru untuk melibatkan diri dengan penonton baru? Kami merasakan masa yang lebih baik daripada sekarang apabila ramai orang yang berada di alam maya.

Kita melihat ramai bakat dari ASEAN, apa pendapat anda tentang itu berkaitan dengan Projek KAVVAII
Rudy: Secara umumnya rantau ini memang ramai yang berbakat. Ia merentasi segala-galanya daripada sukan, muzik, lakonan dan tarian. Begitu juga, produksi filem, fotografi dan seni. Satu perkara yang kami perhatikan ialah terdapat ramai juga yang tidak semestinya perlu berada di depan kamera. Tetapi mereka suka mempamerkan bakat mereka tetapi mungkin agak pemalu. Ini merupakan peluang kerana apa yang kami ingin kemukakan ialah bakat seseorang, sebagai contoh suara mereka.
Jika mengambil kira Asia Tenggara, saya rasa ramai bakat termasuk Kurumi sendiri yang pernah berkolaborasi dengan beberapa bakat lain dalam rantau ini, termasuk juga Liliana yang juga berpengkalan di Malaysia. Apabila berkolaborasi dengan bakat-bakat ini, dan saya mengenali mereka, saya seperti “Wow. Dari mana mereka semua ini muncul.” Selepas itu, anda mendapati bahawa begitu banyak bakat yang terpendam dan mereka tidak semestinya mempunyai platform itu, jadi bagus melihat terdapat studio bakat lain yang sebenarnya cuba mencipta platform tersebut.
Project Kavvaii kami agak baru dalam ruang ini, jadi matlamat sebenar di sini adalah untuk menyokong bakat ASEAN dan memberi platform kepada semua orang.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini kami telah meliputi banyak vtuber korporat. Dengan Kurumi, anda tidak akan kenal dia sebenarnya berkait dengan AirAsia melainkan anda mencarinya. Adakah itu keputusan dari pihak anda untuk membiarkan Kurumi berkembang menjadi dirinya sendiri?
Rudy: Sudah tentu, kerana secara kebetulan semasa Kurumi debut, Netflix juga memperkenalkan Vtuber mereka sendiri. Bila kami lihatnya, kami macam “Habislah. Netflix boleh gagalkan kita.” Sejujurnya, saya tidak pernah mendengar berita mengenai Vtuber Netflix untuk seketika ini. Saya fikir ia mungkin cara mereka posisikan Vtuber mereka.
Dia seperti lebih tradisional. Sudah pasti keputusan kami untuk memastikan Kurumi bersinar, Dia dapat menyerlahkan bakatnya sendiri, menjadi dirinya sendiri, dengan kami sebagai jenama yang menyokongnya. Kadang kala kami menunjukkan sedikit mengenai AirAsia di sana sini. Tetapi satu perkara yang kami perhatikan ialah dengan melalui laluan itu sokongan yang kami perolehi sebagai jenama adalah lebih kuat berbanding jika kami telah memberinya secara paksa.
Kami perhatikan bahawa ramai peminat yang bercakap dengannya tentang airasia dan membuat beberapa jenaka di sana sini, sedikit gurauan yang menyeronokkan, kadang-kadang Tony menyertai beberapa streamnya dan orang ramai seperti “wow Tony dalam panggilan “Jadi anda sedar jika kami mengekalkan pendekatan organik itu, mengekalkan perkara yang semula jadi dan tidak memaksanya, maka jenama akan lebih disayangi.
Jadi ia pasti keputusan yang betul. Bagi seseorang seperti Kurumi, dia mempunyai personaliti yang semua orang boleh rasa tertarik.

Apa pendapat anda tentang prestasi Kurumi setakat ini?
Izal: Saya fikir dia telah melakukan kerja yang sangat baik. Seperti yang Rudy katakan, kami ingin dia menjadi dirinya sendiri dan tidak begitu terikat dengan jenama. Perkara utama ialah kamu ingin berhubung dengan komuniti dan kami sangat bertuah kerana sebahagian daripada mereka yang berinteraksi dengan Kurumi telah membantu kami, sangat baik dan memberikan sokongan. Ia juga berbalik kepada diri Kurumi kerana dia sangat seiso (baik).
Berbanding dengan kebanyakan Vtuber lain, dia sangat seiso. Terasa sangat mudah untuk didekati dan mesra, itulah yang kami mahu untuk berhubung dengan komuniti itu. Dan itulah perkara utama yang dia telah lakukan dan saya percaya bahawa dia akan melakukan lebih banyak perkara yang lebih baik kerana selagi kami berada di sini membantu dan menyokongnya, Kurumi akan menjadi Vtuber terbaik yang dia boleh jadi. Dia memang terbaik.
Kurumi sekarang stream secara solo dan anda membuka peluang lain untuk project Kavvaii. Adakah selamat untuk katakan ia hanya sebuah percubaan ketika ini?
Izal: Seperti yang anda katakan tidak ramai korporat dalamnya tetapi kini terdapat peningkatan ke dalamnya. Kami mahu melihat bagaimana kerana saya fikir kami mahu melihat bagaiman reaksi dari komuniti. Kami sedar bahawa kami sebenarnya menikmatinya dan menyukai ruang V-tubing ini. Kini kami mahu mengembangkannya ke tahap yang lebih baik.

Ada rancangan untuk Vtuber lelaki?
Izal: Kami telah melihat terdapat ramai Vtuber perempuan. Seperti yang anda boleh lihat kali ini, kami tidak menyatakan secara khusus kerana kami betul-betul bergantung pada personaliti dan kandungan yang dicipta dan jantina tidak begitu penting. Jadi kami tidak mencari bakat perempuan atau lelaki secara khusus tetapi kami mencari bakat terbaik yang boleh kami miliki.
Banyak syarikat yang mempunyai avatar vtuber tetapi tidak banyak yang beralih ke teknologi lain seperti model 3D. Adakah AirAsia akan mempunyainya dalam masa terdekat?
Rudy: Rancangan untuk Projek Kavvaii bukanlah untuk kekal dalam ruang Vtuber. Ia bermula di sana dan mendapatkan bakat yang betul adalah perkara yang sangat penting. Untuk membina hubungan dengan komuniti dan seterusnya. Kata kuncinya ialah bakat. Jika anda melihat Kurumi, dia seorang penyanyi yang hebat malah Tony juga memujinya.
Berbalik kepada persoalan mengenai Vtuber 3D, kami ada niat untuk itu. Ia merupakan sebahagian daripada kemajuan yang kami inginkan beri kepada bakat Vtuber kami seperti Kurumi, begitu banyak peluang tersedia. Kami tidak mahu berada di ruang v-tubing sahaja. Dia boleh menjadi seorang artis contohnya.
Salah satu watak maya yang saya tonton ialah Apoki dari Korea. Kami melihatnya dan saya sangat kagum dan fikir apa yang menghalang Kurumi daripada melakukan perkara seperti itu juga. Kami berhasrat untuk mengembangkannya dan dengan ia memerlukan pelbagai sumber. Jadi ia adalah sesuatu yang kami tidak mahu tergesa-gesa dan mahu lakukannya pada masa yang sesuai.

Boleh beritahu bagaimana rasanya bekerja dengan orang yang terlibat dengan projek ini seperti pelukis, rigger dan lain-lain?
Izal: Orang pertama yang mula-mula bercakap dengan kami ialah pelukis ilustrasi, yang perlu kami cari untuk mereka sesuatu yang mewakili apa yang kami mahu dan tidak jauh sangat dengan jenama dan juga berpegang kepada nilai jenama. Kami akhirnya jumpa Yueko, seorang pelukis ilustrasi Vtuber dan dia faham apa yang kami mahukan. Kami sangat bertuah. Semua orang yang terlibat sangat baik dan meluangkan masa untuk menerangkan perkara yang sesuai untuk projek ini. Kami agak berkompromi untuk melakukan sesuatu yang bagus untuk kedua belah pihak untuk komuniti dan juga kami.
Untuk rigging pula, kami sangat bertuah kerana kami bekerja dengan Iron Vertex. Paling terbaik apabila mereka rigging, mereka, Brian dan Soy mengambil masa untuk menerangkan pelbagai perkara kepada kami seperti hotkey dan perkara yang boleh dilakukan oleh karakter. Walaupun sudah selesai kerja rigging, mereka masih berhubung dengan kami untuk membantu perkara lain. Dari situ, di mana kami pergi, akan ada sesuatu yang baru kami akan pelajari mengenai dunia Vtuber. Melalui pengalaman hebat ini, menjadi penyebab mengapa kami sangat menyukainya pada masa ini.
Jelas sekali terdapat kaitan antara Vtuber dan komuniti gaming. Ada rancangan lagi untuk industri gaming?
Rudy: Seperti yang saya katakan, apabila kita menceburi ruang kandungan, pelbagai jenis kandungan yang pasti kita lihat seperti video, audio, gaming dan sudah tentu Vtuber. Saya fikir ia sesuatu yang kami mahu terokai. Cara bagaimana untuk kami bawanya ke dalam ekosistem dan pengalaman airasia merupakan sesuatu yang sedang kami usahakan.
Tetapi terdapat dua perkara seperti platform gamifikasi dan cara orang alaminya dan kembali pada kami dengan lebih kerap. Terdapat juga game yang sebenar. Dan betul terdapat kaitan antara Vtuber dan gaming. Kami juga tidak asing dengan industri e-sukan. Sebelum berlakunya pandemik, kami terlibat dengan beberapa kejohanan e-sukan seperti WES Games dan lain-lain. Jadi, saya fikir perkara yang sama dengan komuniti Vtuber, penonton dan komuniti yang menyokongnya. Saya rasa ia perkara yang baik untuk kami ialah dengan bakat seperti Kurumi, dia juga seorang gamer. Dia sangat sukakan Mobile Legends. Oleh itu, anda melihat terdapat banyak peluang di sana untuk kami membawanya ke dalam ekosistem airasia dalam bentuk tertentu atau sebaliknya. Mungkin anda juga akan dapat bermain game melalui aplikasi Super airasia pada masa depan.

Apabila keadaan menjadi kembali selamat untuk melancong, adakah Project Kavvaii akan terlibat dengan hiburan penerbangan atau perkara lain?
Rudy: Ya. Maksud saya kerana airasia mempunyai platform wi-fi yang tersedia pada pesawat kami. Sesiapa sahaja boleh mengaksesnya selagi anda mempunyai peranti mobile, ipad atau laptop. Di situlah kami mahu memuatkan kandungan original kami termasuk kandungan daripada Kurumi.
Untuk pengetahuan semua, salah satu perkara yang kami fikirkan ialah melakukan video pendek dengan Kurumi pada masa depan dan tidak semestinya livestream. Pasti akan ada ruang pada platform untuk ditampilkan dan saya fikir perkara lain seperti membawa Kurumi semasa perjalanan pengguna. Kami akan berhati-hati dengan cara kami melakukannya.
Semua orang bertanya jika Kurumi akan ada pesawat. Saya tidak tahu. Mungkin ia akan wujud pada masa depan.
Sejauh mana rancangan anda untuk merchandise Project Kavvaii?
Izal: Itu sesuatu yang kami sedang teliti kerana ia adalah Kurumi dan dia sangat istimewa kepada kami. Jadi, jika kami mahu keluarkan merchandise, kami perlu teliti jenis merchandise yang kami mahu lakukan. Saya juga terfikir untuk scale figure dan ia pasti dalam rancangan. Itulah yang kami mahu capai. Saya rasa anda akan mengetahuinya tidak lama lagi. Pada masa ini, kami sedang bersiap sedia kerana itu yang kami idam-idamkan.
Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dan saya perlu berterima kasih kepada Kurumi kerana dia telah bekerja keras. Dia sanggup bekerja lebih daripada jadual biasanya dan berusaha keras untuk melakukan aktiviti ini. Dia juga berkawan dengan ramai orang sebab itu dia berkolaborasi dengan Vtuber yang kami sendiri kagumi seperti Miori Celesta dan Liliana. Mereka di MyHolo TV sangat hebat, Dan Hoku juga dan lain-lain.
Itulah sebabnya dia sanggup teruskan Vtubing dan bersedia untuk mencubanya. Kami sangat bertuah kerana menemuinya sebagai bakat untuk terus maju,
Adakah anda mendapat tunjuk ajar dari MyHolo TV?
Izal: Terdapat banyak perbualan dan perbincangan tentang bagaimana kita boleh membawa komuniti ini maju berserta industri dan Vtuber itu sendiri. Bagaimana kita boleh lakukannya bersama-sama?
Satu perkara tentang komuniti Vtuber ialah semua orang didalamnya bersama-sama. Seperti anda boleh lihat strim semua orang, semua mod dalam chat semuanya Vtuber. Kurumi juga mempunyai mod dari Vtuber lain seperti Lili dan Daem dari Muse. Merekalah yang membantu pantau chat. Banyak perkara dan perbualan dikongsi sepanjang masa.
Saya ingin berikan shoutout kepada Muse ID dan Muse Malaysia kerana banyak mereka juga telah membantu kami.
Untuk temu ramah lain dari kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post