Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning – Perubahan selepas 8 tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 16, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Ulasan Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning – Perubahan selepas 8 tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning adalah antara permainan video yang di-remaster pada tahun ini. Action-RPG ini sebenarnya dilancarkan pada tahun 2012 dan dipuji untuk pertempuran dan persekitaran dunia yang luas tetapi tidak mencapai tahap populariti yang diharapkan oleh penerbit Electronic Arts. Kini di bawah pengendalian THQ Nordic, francais Kingdoms of Amalur telah mendapat satu lagi peluang untuk menyeronokkan peminat dalam edisi Re-Reckoning. Mari selami ulasan saya untuk tahu lebih!

Jalan Cerita & Latar Belakang

Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning menceritakan peperangan antara kaum Fae yang hidup abadi dan kaum fana yang yang mencari petempatan. Kaum fana terdiri dari manusai, gnome, dan elf dan dipandang rendah oleh kaum Fae kerana mempunyai jangka hayat yang pendek. Kaum Fae sendiri sebenarnya tidak hidup. Mereka boleh mati, tetapi akan hidup semula dalam tubuh baru. Gadflow (antagonis) menganggap kaum fana sebagai pendatang asing di Faelands dan memulakan Crystal War. Walaupun manusia mampu mempertahankan diri, abiliti kelahiran semula kaum Fae memberi mereka kelebihan kerana jumlah askar mereka tidak menurun.

Permainan ini bermula apabila watak ciptaan anda bangun daripada timbunan mayat. Gnome yang membuang mayat terkejut melihat anda hidup semula dan percaya inilah keajaiban yang mereka nantikan untuk mengubah arus. Sebagai manusia yang dibangkitkan semula, anda tidak terikat pada takdir dan memiliki kekuatan untuk mengubahnya. Mereka yang ditakdirkan untuk mati dapat diselamatkan berdasarkan tindakan anda, yang menjadi ancaman serius bagi seluruh dunia kerana watak anda sekarang bebas dan tidak terikat dengan takdir.

Gadflow mempelajari tentang kebangkitan anda dan menghantar askarnya untuk mencari dan membunuh anda kerana dia percaya nasibnya untuk memerintah Faelands sekarang dalam bahaya.

Pembinaan Watak & Sistem Pertempuran

Pada awal permainan, anda boleh mencuba semua senjata dan kelas yang berbeza yang ditawarkan. Terdapat tiga kelas utama iaitu:

  • Warrior
    • Wira standard dengan atribut defensif & ofensif yang seimbang
  • Rogue
    • satu-satunya kelas yang mempunyai akses untuk membunuh musuh daripada belakang dan mencuri barang
    • Pantas tapi ofensif tidak kuat
  • Spellcaster
    • Hebat pada serangan sihir
    • tidak perlu fokus pada serangan jarak jauh sahaja kerana mempunyai beberapa kebolehan jarak dekat yang hebat

Kita tidak diwajibkan memakai satu kelas sepanjang permainan. Sekiranya berminat, anda boleh meningkatkan dua atau ketiga-tiga skill tree dan memperolehi kesemua kebolehan aktif dan pasif.  Anda boleh meletakkan hingga lapan abiliti menggunakan kombinasi butang bagi memudahkan akses ke kemahiran yang paling kerap anda gunakan. Ia agak hebat untuk menjadi pahlawan yang memakai pedang besar tetapi juga mempunyai kebolehan untuk menyerang musuh dengan serangan sihir jarak jauh.

Satu lagi tambahan hebat adalah senjata sekunder anda. Sekiranya anda memilih untuk menguasai dua kelas berbeza pada satu masa yang sama, senjata sekunder boleh digunakan sebagai kelas kedua dengan satu klik butang.

Pertempurannya pula cukup mudah. Anda hanya perlu menekan satu butang [segi empat] sehingga musuh dikalahkan. Sudah tentu, kita dapat mengelak dan menepis serangan musuh kerana setiap kelas dilengkapi dengan perisai. Pertempuran tidak rumit dan tidak memerlukan kombo besar untuk dilancarkan.

Satu perkara yang saya mahukan edisi Remaster ini ada ialah pelaksanaan butang lock-on. Kadang-kadang, ia agak sukar untuk menentukan sejauh mana musuh kerana sudut kamera dan ketika berhadapan dengan banyak musuh, ia pasti lebih baik untuk memilih musuh yang paling berbahaya daripada musuh terdekat yang watak akan sasarkan secara automatik.

Pengembaraan Dunia Luas penuh Rahsia

Dunia memang luas dan walaupun sudah lapan tahun, ia masih cantik untuk dilihat. Anda akan jumpa haiwan, penyamun, raksasa dan askar semasa menggembara. Sebilangan besar lokasi yang anda lawat adalah berasaskan alam hutan. Ini boleh menjadi agak membosankan selepas beberapa jam tetapi lebih banyak lokasi akan dibuka ketika pemain maju dalam jalan cerita. Selain itu, dunia sangat penuh dengan rahsia. Kita ada harta karun , lorestone yang menceritaakan kisah dunia, dan dungeon ada di mana-mana sahaja. Sebilangan besar dungeon pula berdasarkan misi utama manakala yang lain sepenuhnya optional. Satu perkara yang menyusahkan ialah beberapa dungeon bersifat repetitif. Walaupun susun aturnya berbeza antara satu sama lain, aset dan reka bentuknya seperti kerja “copy & paste“.

Faelands juga penuh dengan orang yang memerlukan pertolongan. Terdapat begitu banyak misi yang harus dilakukan pada awal sampai habis anda akan sibuk. Apa yang membuat sebahagian besar misi ini mengecewakan adalah tempoh dan jarak yang diperlukan untuk menyelesaikannya. Misi yang saya perolehi pada awal permainan tidak dapat diselesaikan kerana lokasinya sangat jauh. Saya boleh pergi dan menyelesaikan misi itu tetapi saya tidak berani menghadapi musuh di kawasan ini pada level yang rendah.

Urusan Crafting & Sistem Inventori

Sebagai RPG, ada banyak yang perlu anda lakukan selain melakukan misi. Crafting memainkan peranan besar dan terdiri daripada membuat senjata, mencipta potion, dan penghasilan permata bagi melengkapkan perisai untuk memberi atribut tambahan. Semasa crafting, anda boleh bereksperimen dan menggabungkan pelbagai bahan, tetapi jika menemui pelan cetak biru dan resipi, anda tidak perlu membazirkan bahan semasa bereksperimen. Halangan terbesar di sini adalah sistem inventori. Pada mulanya, anda hanya terhad kepada 70 barang yang boleh anda bawa. Kita dapat meningkatkan had inventori dengan membeli beg galas tetapi jumlahnya sedikit dan sangat jauh.

Setiap item mengambil slot inventori. Senjata dan perisai masing-masing mengambil satu slot. Bahan kraf pun menggunakan satu slot. Yang memeningkan ialah potion. Potion nyawa dan mana berfungsi dengan cara yang sama tetapi sebaliknya mengambil banyak ruang untuk setiap potion yang anda bawa. Setiap setengah jam, saya sentiasa kehabisan ruang inventori. Saya boleh berhenti mengutip tetapi bahan-bahan ini penting untuk dijual atau disimpan bagi mencipta potion/senjata yang lebih kuat.

Isu-isu Teknikal

Untuk sebuah remaster, tidak banyak yang dilakukan untuk memperbaiki permainan sekurang-kurangnya daripada sudut teknikal. Hanya resolusi sahaja yang ditingkatkan dan bertambah baik tetapi tidak ada perubahan pada tekstur atau model watak. Kalau daripada sudut positif, ini mungkin satu-satunya permainan yang saya tidak menghadapi masalah teknikal.

Tiada masalah responsif, tiada screen tear, tiada frame drop, tiada masalah bunyi dan gangguan grafik. Satu-satunya masalah saya ialah load time. Ia terlalu kerap dan lama, dan hanya merosakkan pengalaman permainan. Masuk ke Inn pun memakan masa sekitar sepuluh saat, dan sepuluh saat lagi ketika anda keluar. Tempoh load time ini akan bertambah setiap kali kita pergi lokasi baru. Ia bertambah buruk lagi apabila kita membuka “fast-travel” di peta dunia, yang kadang-kadang memerlukan masa hingga dua puluh saat untuk selesai.

Pendapat

Kingdoms of Amalur Re-Reckoning adalah satu permainan dengan gameplay yang sangat menarik walaupun sudah berusia lapan tahun. Dunianya yang luas amat penuh dengan rahsia dan misi untuk diselesaikan serta mempunyai pertempuran yang menghiburkan, skill tree yang mudah namun intuitif, dan sistem crafting.

Sayang sekali tidak banyak yang dilakukan untuk memperbaiki “load-time” yang lama dan sebarang penambahbaikan pada sistem pengurusan inventori pasti memudahkan urusan pemain. Itu sahaja untuk ulasan saya bagi Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning. Ini kini tersedia untuk PS4, Xbox One, dan PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning

6 Score

Dunianya yang luas amat penuh dengan rahsia dan misi untuk diselesaikan serta mempunyai pertempuran yang menghiburkan, skill tree yang mudah namun intuitif, dan sistem crafting.

Review Breakdown

  • Sayang sekali tidak banyak yang dilakukan untuk memperbaiki "load-time" yang lama dan sebarang penambahbaikan pada sistem pengurusan inventori pasti memudahkan urusan pemain. 0
Tags: Kingdoms of AmalurKingdoms of Amalur: Re-ReckoningPS4remasteredreviewulasan
Previous Post

Beta tertutup League of Legends: Wild Rift dibuka di Malaysia pada yang pre-reg!

Next Post

Final Fantasy XVI diumumkan untuk PS5 & PC di PLAYSTATION 5 SHOWCASE tadi!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Final Fantasy XVI diumumkan untuk PS5 & PC di PLAYSTATION 5 SHOWCASE tadi!!

Final Fantasy XVI diumumkan untuk PS5 & PC di PLAYSTATION 5 SHOWCASE tadi!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd