Pada suatu hari cuti, saya sedang duduk dengan selesa di atas sofa, sambil bermain God of War dan tiba-tiba, satu perasaan sedih timbul kerana saya sedar bahawa saya tidak pernah mempunyai masa seperti ini untuk “gaming” lagi. Semasa melihat PC dan PS4, serta koleksi permainan video di sekeliling, saya bertanya pada diri sendiri: “Adakah sudah sampai masa untuk saya berhenti gaming dan mengucapkan selamat tinggal?” Saya mempersoalkan keputusan saya…
Rupanya, bukan saya seorang yang fikirkan tentang isu ini. Pada 23 Ogos 2020, seorang pemuda bernama Muhamad Akmal Jamaludin menjelaskan masalah yang dihadapinya dan bertanya langkah-langkah yang perlu diambil. Soalan ini dibincangkan dalam group FB PC Gaming Community MALAYSIA dan berikut adalah pautannya:
Ada sesiapa di sini yang berumur 25+ tahun yang masih gaming? Saya berumur 26 tahun, bekerja, masih bujang. Tidak ada ibu bapa lagi. Cuma saya dan adik-beradik, dan mereka begitu sibuk dengan kehidupan mereka.
Setiap kali saya balik daripada kerja, saya berehat sebentar, dan kemudian gaming. Hari cuti? Bersenam di awal pagi, rehat, dan jika tidak ada apa-apa yang penting untuk dilakukan, saya akan teruskan bermain permainan video atau tonton filem maraton sepanjang hari. Melepak dengan kawan-kawan? Kelompok kawan saya kecil, dan mereka yang berada dalam kelompok pun sibuk dengan kehidupan mereka sendiri. Ketika terlalu bosan di rumah, saya keluar untuk udara segar, atau bersantai di kedai kopi sahaja. Cuti? Biasanya sekali/dua kali setahun, dan bergantung pada jadual dan modal. Saya juga melakukan beberapa aktiviti luar sekiranya ada peluang.
Jadi persoalannya …
Setiap kali saya berada di rumah, dan tidak ada perkara untuk buat, saya secara automatik hidupkan PC dan mula gaming. Patutkah saya berhenti gaming? Patutkah saya berhenti dengan semua perkara “gaming” ini? Adakah ini tabiat buruk bagi seseorang yang hampir mencecah 30-an?
Terima kasih atas nasihat. -Muhamad Akmal Jamaludin.
Posting ini meraih sebanyak 1.3K respon dan 1.3K komen di mana majoriti memberikan kata-kata positif tentang pengalaman dan pendapat mereka tentang isu ini. Antaranya ialah:
“Sy umur 27 n sudah berkahwin.. tapi still gaming n streaming.. tapi gaming n streaming bila perlu je.. anak masih umur setahun lebih.. kena utamakan anak dulu.. time anak kecik2 lagi tu la kita perlu focus kat anak.. anak dlm proses membesar.. bila anak sy dah besar sikit n boleh duk sebelah2 depan pc baru sy gaming n streaming balik.. tapi sy nampak nak ke arah youtube lagi utk upload video game n review product n build pc video sebab kategori tu kita boleh manage masa dgn family.. relax bro.. hihi” -Epu KB.
“Santai geng, bapak anak 4, gaming is my hobby, full time streamer utk share saya punya hobby. Macam mana Kita bahagikan masa utk semua ni persoalan dia. Yg penting kita happy
” -Haikal Ismail.
“35..got 2 kids.. Still gaming with 43 inch Samsung TV..and still got time to marathon movie with my wife.. We pay the bills, we can do what we want bruh
” -Hurrien Helmye Hussin.
“Kau depress ni kot. Aku pun still gaming jugak. Bro although lepas my wife passed away. Aku reduce sikit. Thank god I still had my parent. Kawan2 semua ada life sendiri dah kahwin buat hal masing2. Adik beradik pun sama jugak. Everyone had their own thing to do. So for now keep on living jela as normal. Aku pun almost 30 dah tahun depan. Do what makes you happy till the time came up. I guess. Entahlah.” -Abdul Hisyam.
Walaupun banyak faktor boleh mempengaruhi unsur permainan video dalam kehidupan sewaktu kita meningkat usia, ada juga kebaikan kalau kita kekal ber-gaming. Satu kajian oleh Institut Kesihatan Nasional AS yang melibatkan hampir 3.000 pesara menunjukkan bahawa permainan video boleh mengurangkan risiko demensia hampir 30%. Ketika soal gamer yang mempunyai isteri dan anak-anak, ia amat penting untuk berkomunikasi dengan keluarga. Semua orang memerlukan sedikit masa untuk berehat. Di sini, komunikasi bersama pasangan memainkan peranan penting.
Jadi, adakah anda patut berhenti “gaming” selepas mencecah usia tertentu? Tidak. Ketika masa, perhatian, dan pemikiran kita beralih kepada hiburan lain selain daripada gaming, pengalaman gaming yang kita ingin pun berubah. Perkara yang sama juga berlaku untuk muzik, sastera, TV, dan filem, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti mendengar atau menonton, bukan? Kita cuma semakin tua dan berubah — atau, dalam erti kata lain, kita “level-up“.
Apa pendapat anda dalam hal ini? Adakah kita patut berhenti? Bagaimana untuk menghadapi perkara ini? Adakah ia positif atau negatif? Mari kongsi pendapat bernas anda di ruang komen.
Sumber – PC Gaming Community MALAYSIA@@Muhamad Akmal Jamaludin
@gamersantaimy
Discussion about this post