Selepas membina hype yang tinggi di kalangan peminat JRPG di seluruh dunia, ATLUS tidak berhenti mempromosikan game terbaru mereka, Metaphor: ReFantazio! Baru-baru ini, mereka mengadakan segmen khas di Philippine GameDev Expo (PGDX) 2024, dan kebetulan kami juga dapat menyertai ekspo ini untuk melihat acara pentas dan juga bermain demo terbaru Metaphor: ReFantazio.
Sebelum ini, kami dapat mencuba Boss Challenge Mode semasa ATLUS FES yang mengharuskan kita menewaskan salah satu boss di dalam game, tetapi kali ini kami mencuba dua mode yang lebih mudah iaitu Scenario Mode; di mana kita menikmati jalan cerita daripada bahagian awal game sambil mempelajari kawalan asas; dan Dungeon Mode, di mana kita meneroka satu dungeon pada awal permainan untuk menyelesaikan sebuah side quest.

Setiap mode memberi tempoh 15 minit untuk diselesaikan (secara total masa bermain kami adalah 30 minit) tetapi untuk previu ini, kami tidak akan menjelaskan naratif dan gameplay yang sudah diberitahu, sebaliknya kami akan menceritakan butiran baharu dan pengalaman keseluruhan bermain secara ringkas.
Gameplay

Dari segi penerokaan, aspek ini terasa pantas daripada segi berlari dan navigasi dengan laluan-laluan yang linear dan “straightforward”. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Metaphor: ReFantazio sebenarnya akan menggunakan dua pilihan pertempuran untuk pemain – “Fast” dan “Squad”.
Dalam “Fast” mode, pemain akan dapat menyerang musuh secara langsung secara real time, dan dalam “Squad” mode, pemain akan memasuki pertempuran turn-based. Daripada pengalaman kami, pemain boleh bertukar antara mode ini sesuka hati, yang menggubah cara pertempuran berlaku.

‘Fast’ ialah cara yang berkesan untuk melawan musuh level rendah yang pernah dikalahkan sebelum ini. Semasa berlawan, anda boleh menggunakan fungsi lock-on, dash dan evade. Jika anda menghapuskan musuh dengan ‘Fast’ sambil memerhatikan serangan mereka, anda akan dapat meneroka dungeon dengan mudah dan selesa.
Walau bagaimanapun, bergantung pada kelas anda, animasi Attack mungkin berbeza daripada segi kelajuan, dan terdapat sekurang-kurangnya dua animasi serangan berlainan yang boleh diakses. Cara dan tempoh ‘evade’ untuk setiap raksasa juga sangat berbeza dan masing-masing mempunyai corak serangan yang berbeza.

“Squad” mode adalah untuk musuh yang lebih kuat. Anda tidak akan dapat menewaskan musuh ini melalui Fast mode, jadi perlu beralih kepada Squad untuk merancang serangan secara strategik. Namun, pemain boleh stun (mengejutkan) dahulu musuh yang lebih kuat dalam Fast mode, lalu mengalahkannya dalam Squad mode.
Dalam Squad mode, anda akan mengumpulkan pasukan sehingga empat rakan dan menggunakan kebolehan mereka untuk menumpaskan musuh yang kuat itu. Gameplay turn-based ini menyerupai game SMT dan Persona, jadi pemain tidak akan berasa kekok. Ada sebanyak tujuh rakan dalam game, jadi anda boleh menukar orang yang ingin dibawa ke dalam pertarungan.

Selain itu, kami juga bermain-main dengan sistem menukar Archetype – yang berfungsi seperti Persona dan terdiri daripada pelbagai abiliti, skill dan spell dan juga jenis senjata yang protagonis boleh pakai. Secara total, ada lebih 40 Archetype dalam game, di mana anda boleh menukarnya kepada Archetype yang diperlukan mengikut situasi.
Seperti kebanyakan game SMT, setiap kali menaik level, anda dapat mengagihkan stats points kepada protagonis. Archetypes akan memberikan anda kemahiran atau mantra, ia juga akan mengehadkan jenis senjata yang boleh anda lengkapkan.

Bagi mereka yang berminat, Metaphor: ReFantazio akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 11 Oktober. Pre-order turut tersedia sekarang.
@gamersantaimy
Discussion about this post