Once Again ialah game indie yang dibangunkan oleh RB Wolf, sebuah studio yang berasal daripada Malaysia. Game ini membawa kita kepada cerita interaktif yang memaparkan perjalanan masa, ikatan kekeluargaan dan ucapan selamat tinggal. Yang menariknya, ia merupakan game yang diilhamkan berdasar kisah benar. Game ini mempunyai mekanik seperti buku pop timbul (3D pop-up book), di mana anda menarik tab pada halaman dan membentangkan kraf yang dilipat teliti di dalamnya.
Namun review kali ini tidak akan menceritakan secara terperinci kisah game ini. Jadi, mari saya teruskan dengan review untuk Once Again.
Plot game

Walaupun saya tidak akan menceritakan tentang story game ini, anda perlu faham mengapa sebahagian game ini akan kelihatan itimewa. Ini kerana Once Again mampu mencipta situasi yang sukar untuk diramalkan dalam kehiduan seharian kita, dan ia berjaya membuat senario yang memberi banyak pengajaran kepada kita. Agak sukar untuk saya jelaskan tanpa menceritakan kisah game ini. Sebab itu, jika sesiapa bermain game ini tanpa memahami jalan cerita akan susah untuk memahami game ini.
Pada mereka yang faham apa game ini ingin sampaikan, anda pasti akan duhujani dengan pelbagai emosi yang dirasai oleh watak utama dan hakikat game ini mampu memberi kesan kepada saya dalam masa yang singkat sememangnya bukan perkara yang mudah.

Bercakap tentang game pula, anda boleh jangkakan menghabiskan game ini dalam masa yang sekejap, tetapi mereka tidak mempedulikan perkara itu. Hal ini kerana Once Again lebih memfokuskan pada naratif dan jalan cerita yang telah mereka susun. Kepada mereka yang harapkan masa bermain yang lebih panjang, game ini bukan untuk anda tetapi jika anda suka pada game yang penuh dengan jalan cerita, ia amat seuai untuk anda.
Gameplay

Jika lihat melalui screenshot sahaja sudah pasti anda boleh teka bagaimana game ini dimainkan. Ia mempunyai jalan cerita yang linear tanpa sebarang mekanik game yang rumit. Sebagai sebuah game interaktif yang fokus pada naratif dan visual, gameplay ini terdiri daripada sliding atau klik pada objek, teka teki dan mengambil gambar mengikut tema permainan. Ia seperti mekanik point-and-click. Terdapat juga ikon jam sebagai pentunjuk masa dan ia juga mempunyai peranan lain, saya tidak akan menjelaskannya kerana ia mempunyai kaitan yang kuat dengan cerita.

Terdapat sedikit aduan daripada saya tentang cara game ini membawa pemain melalui cerita, ini kerana pada awalanya, game ini tidak memberi petunjuk khas untuk beralih ke adegan seterusnya walaupun saya telah menekan hampir semua butang. Ternyata butang progess terdapat di dalam dialog itu sendiri. Sudah tentu bahagian ini boleh ditambah baik lagi supaya semua orang boleh menghayati penceritaan game ini tanpa perlu memikirkan mengapa ia tidak progress ke hadapan.
Grafik

Dari sudut visual, game ini mempunyai gaya seni buku komik dan buku pop timbul (3D pop-up book). Pada pandangan pertama, gaya itu mengingatkan saya pada game Omori, tetapi ia jelas mempunyai perbezaan yang ketara dari segi reka bentuk watak hingga ke latar belakang. Saya saya dengan reka bentuk yang simple dan cara game ini menyesuaikan gaya tersebut pada UI. Latar belakangnya di setiap panel juga kelihatan kemas dan menarik di mana ia akan bertukar ke warna hitam dan putih seperti komik.
Walaupun game ini dibangunkan oleh pembangun daripada Malaysia, tidak banyak elemen Malaysia dapat lihat, kecuali gaya khas bangunan dan pulau tropika yang tipikal, makanan ringan dan plate motosikal yang dapat memberi perasaan tempatan.

Walaupun saya menganggap game ini seperti ala komik, tetapi lokalisasi dialog antara watak direka seperti mesej dalam telefon dan bukannya text bubble (yang biasa dilihat dalam komik). Saya mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan lokasi gambar dan teks, kerana kadangkala game hanya memaparkan visual di sebelah kiri manakala dialog di sebelah kanan. Lebih selesa jika dialog antara watak dibuat dalam gaya komik tradisional.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya rasa hanya ada satu msalah dengan game ini iaitu tempoh permainan yang sangat pendek. Ini mungkin menjadi dilema terbesar dimana ramai tertanya jika game ini berbaloi untuk dibeli atau tidak. Saya faham jika ramai risau, tetapi Once Again memang sesuai direka sebagai game pendek.
Ini adalah game yang memberikan fokus sepenuhnya kepada naratif dan mesej yang ingin disampaikan. Saya telah merasai pelbagai emosi yang bercampur-baur sejak bermula main game ini sehingga tamat. Ia sebuah game yang betul-betul menyentuh perasaan dan menarik.
Untuk baca banyak lagi review daripada kami, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Once Again
Secara keseluruhannya, saya rasa hanya ada satu msalah dengan game ini iaitu tempoh permainan yang sangat pendek. Ini mungkin menjadi dilema terbesar dimana ramai tertanya jika game ini berbaloi untuk dibeli atau tidak. Saya faham jika ramai risau, tetapi Once Again memang sesuai direka sebagai game pendek.
PROS
- Visual yang menarik.
- Muzik yang tepat dengan situasi.
- Jalan cerita yang bagus.
CONS
- Durasi game yang pendek.
- Petunjuk permainan boleh dipertingkatkan.
Discussion about this post