Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

6 game yang harus diberi perhatian pada bulan Ogos 2019!

Dimulakan dengan musim baru Fortnite Season X.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2019 - Updated on February 20, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Panduan, Senarai
0 0
0
6 game yang harus diberi perhatian pada bulan Ogos 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Bencana luruh hampir mendekati kami dan bermula dengan pelbagai keluaran judul-judul hebat di bulan Ogos. Tidak kira jika korang sedang mencari game eksklusif terbaru di Nintendo Switch, game strategi 4X baru, third-person shooter dari Remedy atau beberapa game horror yang hebat, bulan ini memang penuh dengan keseronokan. Mari kita lihat pada 16 game yang harus diberi perhatian pada bulan Ogos 2019!

Control

Mari kita menjenguk The Oldest House, lokasi surreal yang berfungsi sebagai ibu pejabat Central Bureau of Control. Sebuah entiti yang digelar Hiss telah mengambil alih fasiliti itu dan membunuh pengarah. Akibatnya, Jesse Faden, seorang wanita yang mempunyai kuasa supernatural, harus mengawal Service Weapon yang boleh berubah bentuk dan berlawan. Sambil pemain meneroka persekitaran yang sentiasa berubah-ubah di The Oldest House, mereka akan jumpa side mission dan NPC yang berbeza, belajar abiliti baru dan juga membongkarkan rahsia di sebalik malapetaka ini. Control tiba pada 27 Ogos untuk Xbox One, PS4 dan PC.

Life is Strange 2: Episode 4

Saga epik Dontnod Entertainment tentang Sean dan Daniel Diaz akan mencapai kemuncak tidak lama lagi di Life is Strange 2: Episod 4 yang bakal keluar pada 22 Ogos. Kedua-duanya telah jauh matang sejak insiden menyedihkan di Seattle dan telah bertemu pelbagai cabaran. Walaupun episod terakhir akan keluar pada bulan Disember, Episod 4 adalah masa terbaik untuk menyelami titik klimaks dan cliff hanger-nya.

Hunt: Showdown

Dulu dipanggil Hunt: Horrors of the Gilded Age, Crytek membangunkan semula tajuk ini menjadi Hunt: Showdown, sebuah permainan video co-op PvEvP di mana pemburu raksasa memasuki paya Louisiana untuk memburu raksasa. Paling menarik sekali adalah selepas mendapat bounty raksasa, pemain akan menjadi sasaran pemburu lain di kawasan sama dan harus berjaya melarikan diri untuk menerima ganjaran. Disokong sehingga 10 pemain, solo queue dan pelbagai raksasa baru sejak memasuki early access, Hunt: Showdown akan menjadi satu battle royale unik apabila ia dilancarkan pada 27 Ogos untuk Xbox One dan PC.

Astral Chain

PlatinumGames dikenali dengan menggabungkan pelbagai genre tetapi Astral Chain berada di tahap yang lain. Berlangsung pada masa depan dalam benteng terakhir manusia, Ark, jalan cerita melihat pihak kuasa Neuron menggunakan Legions untuk menentang kejahatan. Terdapat pelbagai ciri-ciri di sini – siasatan, penjelajahan, side quest, interaksi NPC, penyelesaian teka-teki … dan belum lagi sentuh tentang pertempuran. Pemain akan menggunakan pelbagai variasi Legions dalam pertempuran untuk menyerang, mengikat musuh atau melaksanakan Sync Attack hebat. Astral Chain akan dikeluarkan pada 30 Ogos untuk Nintendo Switch.

Blair Witch

Blair Witch oleh Team Bloober adalah game horror first person yang berlangsung beberapa tahun selepas filem pertama dan berkisarkan bekas pegawai polis Ellis dan anjingnya kesayangannya Bullet yang menyiasat Black Hills Forest di Maryland. Minat developer untuk untuk mengubah persekitaran realiti dan tahap seram seperti Layers Of Fear dan Observer boleh membantu Blair Witch dengan baik. Saya berharap Blair Witch boleh mengambil inspirasi daripada filem asal yang hebat dan kami hanya perlu menunggu apabila Blair Witch dilancarkan pada 30 Ogos untuk PC dan Xbox One.

The Dark Pictures Anthology: Man of Medan

Satu lagi judul horror yang hadir bulan ini ialah The Dark Pictures Anthology: Man of Medan dari Supermassive Games. Ia melihat lima pelancong yang pergi ke Lautan Pasifik Selatan dan terjuma kapal hantu. Jelas sekali, korang tahu apa akan terjadi kan selepas itu. Sama seperti game seram sebelum oleh developer sama Until Dawn, pemain boleh mengambil bahagian dalam quick time event berbeza dan akhirnya menentukan siapa yang hidup dan mati. Siap ada co-op dan four-player support untuk membuat pengembaraan bertahan hidup jauh lebih berbahaya. Man of Medan bakal keluar pada 30 Ogos untuk Xbox One, PS4, dan PC.

Keluaran permainan video pada Julai 2019:

  • Fortnite Season 10 [PC, PS4, XBO, Switch] – August 1

  • Dry Drowning [PC] – August 2

  • Madden 20 [PC, PS4, XBO] – August 2

  • Age of Wonders: Planetfall [PC, PS4, XBO] – August 6

  • Metal Wolf Chaos XD [PC, PS4, XBO] – August 6

  • Sword Art Online: Fatal Bullet Complete Edition [Switch] – August 9

  • Friday The 13th: The Game Ultimate Slasher Edition [Switch] – August 13

  • Zeus Begins [PC] – August 16

  • RAD [PC, PS4, XBO, Switch] – August 20

  • Remnant: From the Ashes [PC, PS4, XBO] – August 20

  • Life Is Strange 2 – Episode 4 [PC, PS4, XBO] – August 22

  • Oninaki [PC, PS4, Switch] – August 22

  • Ancestors: The Humankind Odyssey [PC] – August 27

  • Arizona Sunshine: The Damned DLC [PC VR, PSVR] – August 27

  • The Bard’s Tale 4: Director’s Cut [PS4, XBO] – August 27

  • Control [PC, PS4, XBO] – August 27

  • Taste of Power [PC] – August 27

  • World of Warcraft Classic [PC] – August 27

  • Wreckfest [PS4, XBO] – August 27

  • Headspun [PC, PS4, XBO, Switch] – August 28

  • Astral Chain [Switch] – August 30

  • Blair Witch [PC, XBO] – August 30

  • The Dark Pictures Anthology: Man of Medan [PC, PS4, XBO] – August 30

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Astral ChainBlair WitchControlGameHunt: ShowdownLife is Strange 2: Episode 4Ogos 2019The Dark Pictures Anthology: Man of Medan
Previous Post

FORTNITE Season X – B.R.U.T.E, Barangan Vaulted, Perubahan Map dan Banyak lagi!

Next Post

NINJA Meninggalkan TWITCH dan Beralih Arah untuk Stream secara Eksklusif di MIXER!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
NINJA Meninggalkan TWITCH dan Beralih Arah untuk Stream secara Eksklusif di MIXER!

NINJA Meninggalkan TWITCH dan Beralih Arah untuk Stream secara Eksklusif di MIXER!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd