Jika korang suka meneroka pelbagai tempat unik dan selesaikan setiap objektif, nampaknya Dying Light 2 akan menjadi game pilihan untuk tahun 2022. Developer Techland telah mengesahkan bahawa ia mengambil masa kira-kira 500 jam untuk 100% khatamkan Dying Light 2 termasuk jalan cerita.
“Ia tentang 100% “completion rate”, kebanyakan pemain yang terlibat dalam cerita dan side quest dapat menyelesaikan game dengan lebih cepat, ia masih akan menjadi pengalaman yang kukuh,” kata tweet susulan. Cerita dan side quest Dying Light 2 akan mengambil masa sekitar 70 – 80 jam untuk diselesaikan “jika anda tidak tergesa-gesa”.
Disebabkan ramai peminat mahukan jawapan yang lebih jelas, Techland menjelaskan lebih lagi dalam tiga tweet berasingan. Selain menyelesaikan semua “main dan side quest”, korang juga perlu mencari semua “collectible”, memaksimumkan skill tree dan menyelesaikan aktiviti-aktiviti lain yang disediakan dalam dunia open world ini.
Techland kelihatan agak yakin tentang kebebasan dan kreativiti dalam game mereka tetapi jangan lupa, bulan Februari juga akan menyaksikan pelancaran game besar lain seperti Life is Strange: Remastered Collection, Sifu, Lost Ark, Horizon: Forbidden West, Elden Ring dan expansion The Witch Queen untuk Destiny 2.
Sepatutnya dilancarkan pada 7 Disember 2021, Dying Light 2 terpaksa ditangguhkan hingga ke 4 Februari 2022. Ini bukan pertama kali game ini telah ditangguhkan, kerana ia mengalami banyak masalah sejak pengumuman asal di E3 2018. Untuk mereka yang berminat, game ini tersedia untuk pra-pesan, yang memberi peluang kepada korang untuk mendapatkan skin pack unik termasuk enam original costume, skin senjata, dan skin paraglider.
Dying Light 2 Stay Human akan keluar pada 4 Februari 2022, untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.

@gamersantaimy
Discussion about this post