2019 adalah tahun besar untuk komuniti gaming, dengan saluran penstriman seperti Facebook Gaming dan Youtube mengambil takhta sebagai platform popular dan tertinggi untuk jumlah penonton di negara ini. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, di mana kebanyakan Muslim berpuasa dan mungkin tidak mempunyai sebarang hal untuk dibuat, mahupun menghabiskan masa seharian dengan tidur, di sini penulis senaraikan beberapa streamers yang berbaloi untuk ditonton, dan setiap daripada mereka mempunyai personaliti masing-masing!
1. Syafiq ‘Mozampique’ Rahman [Facebook]
Syafiq Abdur Rahman, atau lebih dikenali sebagai Mozampique, adalah streamer yang sekarang menetap di Amerika Syarikat yang juga bekerja sebagai software engineer. Pada waktu lapangnya, beliau strim game seperti Apex Legends, dalam masa yang sama, sesiapa yang ingin meningkatkan lagi kemahiran bermain dalam game tersebut, korang memang wajib tonton! Beliau akan berikan tips-tips padu untuk korang! Mozampique juga adalah salah seorang streamer dalam KUL Esports.
2. Ezati “Ezt” Hashim [Facebook]
Gadis yang sentiasa ceria ketika strim ini adalah Izati Hashim, yang lebih mesra dengan panggilannya dalam game, iaitu Ezt. Beliau sering strim game seperti PUBG, Apex Legends dan Doki Doki Literature Club. Selalu melakukan strim pada waktu pagi, ini adalah masa yang sesuai untuk korang tengok, terutamanya sesiapa yang baru lepas sahur tetapi tidak mempunyai sebarang aktiviti nak dibuat! Sangat aktif dengan followersnya di ruangan comment, kalau korang nak request dia nyanyi lagu pun boleh!
Said Za, atau CortX Kaki Game adalah seorang streamer yang aktif melakukan strim di Facebook. Antara games yang popular dimainkan beliau dalam bulan puasa ini adalah Days Gone, PUBG dan Mobile Legends. Beliau juga merupakan caster Bahasa Melayu untuk ML dan PUBG! Kalau korang jenis yang tidur lewat sampai waktu sahur, CortX selalu bermain game Days Gone pada waktu pagi itu. Jadi, jangan lupa untuk follow facebook page beliau!
4 Aylrhmn Gaming [Facebook/PS4]
Aylrhmn Gaming adalah singkatan untuk Ayul Rahman, seorang streamer Apex Legends di platform PS4. Beliau juga boleh dikatakan pemain yang mempunyai kemahiran tinggi dalam game ini! Sering melakukan stream sahur mulai 4.30 sehingga 6 pagi, ini adalah masa yang terbaik untuk korang tonton strim beliau sambil makan!
5. Nerd Gaming Malaysia [Youtube]

NerdGamingMalaysia atau secara ringkas, NGMY adalah satu kumpulan Youtube yang terdiri daripada kalangan gamers-gamers di Malaysia ini di mana mereka menghasilkan kandungan baru dan menarik untuk komuniti Youtube Malaysia. Bukan sekadar video-video biasa yang di muat naik di channel NGMY, mereka juga aktif melakukan strim (pelbagai jenis games) di Youtube, jadi kalau korang ada masa, singgahlah sebentar dan berikan “hai”! Mereka hampir mencecah 100k di Youtube, jadi, jom tolong mereka menjadi kumpulan Youtuber gamers pertama untuk mencapai angka tersebut!
Itu sahaja top 5 streamers pilihan penulis yang korang patut tonton pada bulan Ramadhan ini! Sudah tentu, banyak lagi streamers-streamers di luar sana yang juga melakukan strim pada bulan puasa ini, jadi terpulang kepada korang sama ada untuk menonton mereka atau tidak. Dengan populariti Facebook Gaming dan Youtube yang semakin meningkat, kita mungkin akan melihat lebih banyak percambahan streamers pada masa akan datang. Namun demikian, apa yang membezakan mereka adalah personaliti dan bagaimana mereka merapatkan diri dalam komuniti gaming. Harap bermanfaat!
@gamersantaimy
Discussion about this post