Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 senjata paling OP untuk Apex Legends Mobile (Mac 2022)

safwan by safwan
March 16, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile Game, Online Game, Panduan, Pendapat, Tips & Trick
0 0
0
5 senjata paling OP untuk Apex Legends Mobile (Mac 2022)
Share on FacebookShare on Twitter

Kami ingin senaraikan senjata paling OP dalam Apex Legends Mobile buat masa sekarang. Senjata-senjata yang OP adalah R-301 Carbine, R-99, VK-47 Flatline, Peacekeeper, Prowler Burst PDW dan Kraber .50-Cal. jom kami terangkan tentang senjata-senjata ini.

R-301 Carbine

  • Senjata ini sangat sesuai untuk pertempuran jarak pertengahan. Dengan kapasiti peluru yang rendah, sudah pasti senjata ini perlukan “extended magazine” yang membolehkan pemain bawa peluru yang lebih banyak semasa bertarung. Pemain juga boleh tambah aksesori yang lain untuk menambah ketepatan menembak. Pemain juga boleh menambah seperti skop untuk menambah jarak penglihatan.

R-99

  • R-99 adalah senjata “SMG” yang terbaik dalam game ini. Senjata ini juga mempunyai kadar tembakan yang tinggi tapi mempunyai kapasiti peluru yang rendah. Pemain perlu memasang “Epic extended magazine” untuk menambah peluru dalam “magazine” dan membolehkan pemain bertarung dengan jarak yang lebih dekat. Jika anda mahu bermain dengan agresif, anda boleh pasangkan dengan R-301 Carbine.

VK-47 Flatline

  • Sejenis senjata “assault rifle” yang mempunyai “damage” yang tinggi tetapi mempunyai firing rate yang rendah. Pemain boleh menjangkakan “patern” peluru senjata ini. Dengan 20 peluru, senjata ini sempurna untuk dimainkan dalam jarak yang dekat dan pertengahan.

Peacekeeper

  • Senjata ini merupakan senjata “Shotgun” yang paling kuat buat masa kini. Senjata ini sudah semestinya berkesan untuk jarak yang lebih dekat. Jika pemain mempunyai “good aim”, senjata ini boleh dikatakan sangat tinggi dalam ketepatannya. Tetapi untuk “reload time” ianya agak lama dan membolehkan pemain lain “punish” semasa “reload”. Pemain tidak perlu risau akan “reload time” pada senjata ini kerana senjata ini membolehkan pemain menghabiskan seluruh skuad dengan sekejap saja.

Prowler Burst PDW

  • Senjata ini boleh didapatkan di “ground loot” dan merupakan senjata yang boleh dikatakan kuat. Senjata ini jarang dipilih oleh pemain, tetapi masih lagi cekap dalam game kerana senjata ini mempunyai mekanik “burst-fire” dan membolehkan pemain tembak dengan lebih tepat.
  • Senjata ini bagus untuk pemain yang ingin berlatih “aim” atau mahu menikmati perlawanan jarak yang dekat. Senjata ini juga boleh berlawan di jarak pertengahan dengan 1x-2x Variable Holo atau 2x HCOG Bruiser.

Kraber .50-Cal

  • Kraber .50-Cal adalah “sniper rifle” yang terbaik dalam Apex Legends Mobile. Pemain boleh mendapatkan senjata ini melalui “supply drop”. Jika anda seorang yang cukup bertuah terjumpa senjata ini, mungkin anda boleh cuba buat pasangan dengan senjata yang membolehkan anda bermain dengan jarak yang dekat.
  • Senjata ini boleh “knock down” pemain lain dengan “headshot”. Namun jika terkena pada badan, “shield” pemain lain boleh pecah.

Senarai senjata ini hanya mengikut pandapat saya sahaja. Jika anda mempunyai senjata

Pada pendapat saya, senjata inilah yang banyak membantu saya selama saya main Apex Legends Mobile. Kalau anda ada cadangan senjata yang lain, anda boleh cadangkan di ruangan komen social media kami.

Apa tunggu lagi? Anda boleh cuba senjata-senjata OP ini sekarang dalam Apex Legends Mobile. Untuk mendapatkan liputan lain berkenaan Apex Legends Mobile, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex Legends mobileMobilemobile game
Previous Post

[Review] Triangle Strategy – Penentuan nasib kerajaan berada di tangan anda!

Next Post

Filem remake Shin Ultraman dedahkan visual baru untuk poster dan banner!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Filem remake Shin Ultraman dedahkan visual baru untuk poster dan banner!

Filem remake Shin Ultraman dedahkan visual baru untuk poster dan banner!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd