Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 sebab kenapa filem superhero sekarang dah tak sama seperti dulu

safwan by safwan
April 7, 2023
in Action, Artikel, Berita, Disney+, Fakta & Trivia, Filem, HBO, Movie/siri, Panduan, Tinjauan & analisis
0 0
0
5 sebab kenapa filem superhero sekarang dah tak sama seperti dulu
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas tamatnya legasi superhero ikonik seperti Ironman dan Captain America dalam Marvel Infinity War dan juga Endgame, banyak filem superhero lain selepas itu jatuh merudum dan tidak sepopular dulu. 

Lihat sahaja beberapa filem superhero yang ditayangkan baru-baru ini, kebanyakannya langsung tidak dapat sambutan yang ramai. Contohnya, filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, mereka hanya mengumpul sebanyak $472 juta sahaja di mana ia merupakan filem paling teruk pulangannya diantara filem Ant-Man sebelum ini. 

Contoh untuk filem DC pula adalah Shazam! Fury of the Gods di mana ia langsung tidak mencapai sasarannya dengan hanya mengutip sebanyak $119 juta sahaja. 

Selepas membuat beberapa kajian, kami telah menemui beberapa punca kenapa filem superhero sekarang tidak sama seperti dulu lagi. 

Jalan cerita yang berulang

ini sememangnya telah menjadi punca utama mengapa filem superhero adalah lebih kurang sama. Hanya pergi keluar rumah dengan memakai sut dan menyelamatkan orang daripada ancaman bahaya. Namun, apa yang menjadikan filem seperti Infinity War dan Endgame hebat adalah faktor risikonya. 

Filem tersebut mengambil risiko untuk membunuh beberapa watak yang disayangi oleh ramai peminat dan menjadikan ia adalah kematian yang mengejutkan. Walaupun telah mengetahui siapa yang akan menang, aksi perlawanan yang panjang dan mengejutkan menambah beberapa faktor wow yang membuatkan filem tersebut menarik.

Malangnya, filem superhero selepas itu menjadi sangat mudah untuk dijangkakan jalan ceritanya. Tidak salah apapun jika nak mengikut garis besar cerita “Perjalanan Hero” atau struktur jalan cerita yang hampir sama, tetapi ia kehilangan daya tarikan apabila setiap plot dan adegan dibayangkan, ditunjukkan secara terang-terangan. 

Perancangan yang kurang baik

Sejak daripada dulu lagi, filem kepunyaan DCEU agak serabut dengan Batman yang mempunyai beberapa versi dan banyak lagi. Tambah pula sekarang ini DCEU telah ditukar kepada DCU dan dikendalikan oleh James Gunn, ia telah meninggalkan filem-filem sebelum ini dan langsung tiada sambungan yang serius. 

Walau bagaimanapun, James Gunn telah mengumumkan beberapa projek baharu dengan menampilkan beberapa watak yang masih belum diperkenalkan lagi seperti Swamp Thing dan banyak lagi. Walaupun ia perlu mengambil langkah kecil untuk menaikkan nama DC semula, banyak projek-projek yang diumumkan nampak sangat menarik. 

Sama juga seperti perancangan Marvel yang kebanyakan telah dibahaskan oleh ramai peminat. Hal ini kerana, mereka akan mengeluarkan siri dan filem yang sangat banyak jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Lihat sahaja Phase 5, terdapat 6 filem dan 6 siri yang akan dikeluarkan sehingga tahun 2024. Dan ada juga projek yang telah ditangguhkan. 

Walaupun selepas ditangguhkan, dua projek seperti Dynasty Kang dan Secret Wars masih belum menampilkan watak yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat iaitu Doctor Doom. Peminat juga mengharapkan ada villain lain selain Kang yang diperkenalkan dalam Ant-Man and the Wasp: Quantumania. 

Watak sampingan yang kurang digunakan

Setiap filem superhero baharu mesti akan ada watak sampingan yang baru. Tidak kira sama ada mereka kuat atau lemah, watak ini senang sahaja dilupakan kerana tiada atau hampir ada kesan kepada jalan penceritaan. 

Contohnya adalah filem Black Adam, di mana mereka menampilkan ramai watak sampingan yang sebenarnya kuat seperti Doctor Fate, Hawkman dan Atom Smasher. Apakan daya, mereka telah membunuh watak Doctor Fate yang merupakan ahli sihir dan watak DC yang paling berkuasa dalam filem tersebut. 

Filem superhero lain juga menerima nasib yang sama apabila terlalu ramai untuk diingat atau dipedulikan. 

Siri Spinoff

Dengan adanya Disney+ dan platform streaming yang lain, MCU telah menggandakan pengeluaran kandungan dengan harapan dapat memperkenalkan lebih banyak watak dan menambahkan lebih banyak kandungan kepada filem yang akan datang. 

Walau bagaimanapun, pendekatan yang mereka gunakan menyebabkan ramai peminat merasakan yang ia tidak sesuai dan tidak mempunyai kesinambungan untuk filem seterusnya. Ia hanya sekadar memperkenalkan watak-watak baharu yang akan muncul dalam filem Marvel atau DC seterusnya. 

Perkara ini menyumbang kepada masalah tepu yang melanda filem superhero. Tidak semuanya adalah buruk dan ada juga yang berjaya seperti WandaVision di Disney+ Hotstar dan Peacemaker di HBO Go. 

Dengan terdapat senarai rancangan yang semakin banyak untuk diikuti, ia boleh terasa membosankan dan sia-sia sahaja. 

Kuantiti yang banyak

Ya, kuantiti juga menjadi salah satu masalah kepada filem superhero. Jika ia terlalu banyak dalam masa yang singkat, ramai peminat yang tidak mampu mengikutinya daripada awal dan akan ketinggalan. Ia juga boleh menjadi punca kepada ramai peminat meninggalkan francais dan mengikuti filem lain yang pendek. 

Sekuel sememangnya diperlukan untuk membina penceritaan dan meneruskan filem sebelumnya sekali gus membina dunia francais yang lebih besar. Tetapi apabila beberapa filem gagal dan tidak mempunyai impak yang tinggi dalam francais, peminat merasakan yang ia tidak perlu ditonton dan patut langkaui sahaja. 

Contohnya adalah filem Thor: Love and Thunder di mana ramai peminat mengatakan yang ia adalah langkah mengundur yang besar kepada watak Thor walaupun filem tersebut hendak memperkenalkan watak baharu dalam universe MCU. 

Sama seperti DCU di mana filem sekuel Shazam dan Aquaman tidak perlu diteruskan jika mereka ingin membuat reboot kepada seluruh universe DCU. Kami juga tidak pasti sama ada nasib mereka malang atau baik untuk diteruskan di dalam DCU nanti. 


Rasanya itu sahaja yang kami ingin kongsikan pada hari ini. Apa pendapat anda tentang filem superhero yang semakin merudum teruk selepas legasi Ironman dan Captain America tamat? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DCUFilem SuperheromcuSuperhero Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Snoop Dogg rasmi keluar FaZe Clan, mungkin sebab tidak untung lagi

Next Post

Bleach: Siapa yang mati dalam Thousand-Year Blood War Part 1?

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bleach: Siapa yang mati dalam Thousand-Year Blood War Part 1?

Bleach: Siapa yang mati dalam Thousand-Year Blood War Part 1?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd