PUBG Mobile Season 8 telah keluar pada minggu lepas dengan pelbagai feature baru termasuk skin senjata, outfit, reward, tema baru dan macam-macam lagi. Banyak perkara untuk peminat berseronok dalam musim baru ini, terutamanya tema baru “Power of the Ocean“, senjata Bizon, dan skin “Water Blaster” untuk Scar-L di gun lab. Di sini ialah lima penambahan paling seronok untuk PUBG Mobile Season 8:
Rating Protection Card
https://www.youtube.com/watch?v=KeQuGca92FU
Kad Rating Protection baru, termasuk Kad Rating Protection (duration) dan Kad Rating Protection (uses), boleh digunakan apabila rating berubah. Tiada rating akan ditolak semasa kad ini diaktifkan. Ia hanya boleh digunakan untuk rank Crown dan ke bawah sahaja dan kad ini akan membantu pemain agar rating tidak jatuh.
Mode HDR
PUBG Mobile Season 8 juga membawa update ke mod HDR (High Dynamic Range). Season 8 untuk PUBG Mobile datang dengan pilihan frame rate tinggi untuk peranti-peranti berspesifikasi tinggi. Mod baru ini, jika diaktifkan, akan memberi butiran visual yang lebih baik dan pengalaman permainan yang lebih lancar tetapi kos hayat bateri yang lagi cepat turun. Mod HDR sangat membantu dalam meningkatkan butiran pada bayang-bayang dan menonjolkan persekitaran dengan membawa pengalaman yang lebih cerah.
Senjata PP-19 Bizon
Senjata sub-machine baru ini menawarkan jumlah magazine terbesar untuk sebuah SMG. Ia menggunakan peluru 9mm dan mempunyai 53-round dalam satu magazine. Ia juga menyokong muzzle dan skop. Senjata baru ini pertama kali ditayangkan dalam trailer gameplay Vikendi Snow – PUBG.
FPP and TPP in Team Deathmatch
Mod Deathmatch kini boleh dimainkan dalam first-person perspective (FPP) dan third-person perspective (TPP). Mod ini merupakan sebuah pertempuran fast-pace dan membolehkan para pemain untuk mencipta room mereka sendiri dengan room card.
Tier Transfer
Peraturan untuk pemindahan tier telah disemak semula dalam PUBG Season 8. Sebagaimana peraturan baru, tier di bawah Gold akan kekal sama pada musim berikutnya.
@gamersantaimy
Discussion about this post