Kemas kini Genshin Impact versi 2.2 semakin menghampiri, sudah tentu banyak karakter yang telah ditambah untuk pemain gunakan semasa meneroka pulau-pulau di Inazuma. Saya selalu menukar karakter apabila berada di Inazuma untuk melihat watak mana yang boleh saya kekalkan sepanjang meneroka pulau tersebut. Senarai karakter yang tersedia hanya datang dari pengalaman bermain saya.
Karakter-karakter yang disenaraikan mengikut skill Elemental Burst , damage dan gabungan efek elemental lain yang digunakan semasa bermain. Jadi mari lihat antara karakter terbaik Genshin Impact untuk anda gunakan di Inazuma!
Raiden Shogun

Baal merupakan karakter Electro Archon yang hebat untuk anda bawa semasa meneroka dunia Genshin. Dengan kemampuan Elemental Burst yang boleh memenuhi charge karakter lain, ia juga memberi damage yang tinggi kepada musuh yang anda jumpa semasa meneroka. Skill pasifnya juga merupakan kemampuan yang memberikan Energy Recharge, membolehkan anda menggunakan Burst berterusan!

Zhongli

Seperti biasa, Zhongli dengan pelindungnya yang kuat dan kukuh boleh melindungi kita semasa berada di Inazuma. Shield itu akan menambah damage berdasarkan max HP Zhongli. Stone Stele juga memberikan damage lain jika resonate dengan karakter Geo yang lain. Jadi jika anda ingin menggunakan Zhongli sepenuhnya, anda boleh membawa Ningguang atau Albedo dalam parti anda.
Hu Tao

Pada mulanya Hu Tao nampak seperti karakter yang lemah tetapi jika anda menggunakan build yang betul, dia antara karakter pyro yang kuat. Pengguna Polearm ini mampu memberikan Pyro damage dengan Elemental Skillnya. Kebolehan Pasifnya pula iaitu Spirit Soother mampu memberikan damage AoE dan menyembuhkan HP Hu Tao. Jika anda tidak mempunyai Hu Tao, jangan risau kerana bannernya akan datang dalam versi 2.2.
Bennett

Bennett dari dulu memang karakter yang saya selalu guna dari awal sampai sekarang. Dia boleh menjadi karakter DPS yang kuat jika anda membina build DPS untuknya. Kemampuan Elemental Burst oleh Bennett menyembuhkan karakter yang anda gunakan serta buff serangan dan Pyro infusion tersedia jika anda membuka Constellation 6 Bennett.

Xingqiu

Xingqiu antara karakter support terbaik yang saya gunakan sepanjang berada di Inazuma. Damage hydro dari Elemental Burst banyak membantu saya apabila saya sering menggunakan Bennett untuk membuat Vaporize reaction. Saya juga menggunakan Xingqiu bersama Keqing untuk memberikan Electro charge kepada musuh. Senang cerita, anda perlu membawa watak yang memberikan damage jika hendak menggunakan Xingqiu sebagai karakter support.

Itu sahaja yang saya boleh senaraikan buat masa ini sementara menunggu Thoma yang akan muncul dalam versi 2.2. Saya tau setiap pemain ada watak mereka sendiri untuk dibawa semasa berada di Inazuma. Anda boleh komen di bawah, karakter yang anda selalu guna di Inazuma. Jika anda ingin membaca liputan lain mengenai Genshin Impact, anda boleh klik di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post