Korang sendiri tahu yang membeli game merupakan satu risiko bagi gamers. Mahal tu satu, tetiba tak kena dengan jiwa. Ah sudah. Cano ni? Tapi, apa kata kalau korang boleh try dulu main game tu, sebelum beli? Untuk 5 game minggu ni, korang boleh cuba dulu, baru beli. Percumalah, konfirm. Nak lagi best, kalau korang rasa macam nak beli, game tu ada diskaun lagi! Ini merupakan game yang korang boleh cuba:
Call of Duty World War II
Kali ni, Activision sangat baik hati nak bagi korang try Multiplayer Call of Duty World War II secara percuma, pada minggu ini. Ianya hanya untuk pemain PC sahaja dan korang boleh dapatkan di Steam.
For Honor
Game kedua merupakan game dari Ubisoft, iaitu game For Honor. Ia boleh dimain di Platform PC, Xbox One dan juga PlayStation 4 (untuk pengguna Xbox One, kena ada Xbox Live Gold untuk bermain, tetapi, untuk PlayStation, tidak perlukan PlayStation Plus). Game ni mempunyai gameplay mechanics yang menarik. Melee Combat yang ada beberapa stance. Game ini jugak agak susah bagi aku.
XCOM 2
Kali ini, khas untuk platform Xbox One. XCOM 2 merupakan game Real Time Strategy (RTS) yang best! Ramai dah pemain dia yang suka akan game ni. Mempunyai gameplay menarik, class yang banyak, dan boleh upgrade base dan juga class yang ada.
Just Cause 3
Just Cause 3 pula percuma untuk mereka yang mempunyai Xbox One. Kepada mereka yang minat sandbox game, chaotic environment, dan suka buat stunt macam dalam GTAV, mesti korang suka game ni. Kepada korang yang nak cuba, boleh cuba tapi di Xbox One sahaja.
Offworld Trading Company
Game ni macam pelik sikit, dia macam main game Civilization tapi bersettingkan Mars. Memang game ni direka oleh Lead Designer Civilization pon. So, no wonder. Okay, untuk game ni, korang boleh cuba di Steam, jadi, bila di Steam, dia terhad kepada mereka yang ada PC. Dengar kata game ni macam best.
@gamersantaimy
Discussion about this post