Baru-baru ini dalam dunia e-sukan, tiga jurulatih daripada PGL Major Antwerp, sebuah kejohanan untuk CS:GO telah kena ban kerana penyalahgunaan bug pada kamera. Jurulatih yang sebelum ini tidak dinyatakan akhirnya telah didedahkan oleh pihak PGL sendiri. Mereka ini adalah Sergey “Hally” Shavayev (Team Spirit), Rafael “Zakk” Fernandes (9z) dan Luis “peacemaker” Tadeu (Imperial).

Ketiga-tiga jurulatih tersebut akan disekat daripada acara rakan kongsi Esports Integrity Commission (ESIC) semasa tempoh penyiasatan. Tempoh ini akan ditolak daripada masa larangan terakhir. Kalau anda ingin tahu, masih ramai lagi suspek yang mengambil kesempatan dengan menggunakan bug dalam game CS:GO.
Buat masa ini, ESIC hanya mendakwa tiga daripada hampir 100 suspek, di mana kes mereka akan dimuktamadkan kemudian. Larangan yang diberikan ini hanya terpakai kepada mereka yang mengambil bahagian dalam major. Bukan setakat itu sahaja, Valve dan PGL juga telah mengesahkan larangan mereka di Major melalui siaran Twitter mereka.
Menurut ESIC, hally dan zakk didapati telah menemui bug “static spectator” yang merupakan versi yang sama digunakan oleh 37 jurulatih lain yang telah di”banned” pada September 2020. Bug ini dinyatakan telah digunakan semasa perlawanan Espada dan satu pusingan merentas dua perlawanan di Brazil yang melibatkan pasukan 9z dan Luminosity.
Peacemaker pula telah didapati menggunakan versi “free-roam” semasa satu pusingan dalam antara Heroic dan Imperial. Varian bug ini dianggap paling serius oleh ESIC dan boleh disekat selama 24 bulan kerana dianggap sebagai cheating. Anda boleh membaca laporan penuh daripada ESIC melalui Twitter di bawah.
Berita mengenai “ban” yang dikenakan kepada tiga jurulatih ini memang mengejutkan dalam komuniti CS:GO, kerana kejohanan hampir bermula waktu itu. Malah, ada juga pasukan yang cuba mempertahankan jurulatih mereka. Apa pendapat mengenai perkara ini? Boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai CS:GO, sila klik pautan ini.
Sumber: hltv

@gamersantaimy
Discussion about this post