Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

3 game pertama dari Final Fantasy Pixel Remaster bakal dilancarkan bermula 29 Julai ini!

Final Fantasy, Final Fantasy 2 dan Final Fantasy 3 dari koleksi Pixel Remaster boleh dimainkan di PC dan mobile

Amir Haziq by Amir Haziq
July 1, 2021
in 2D/ Pixel, Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, iOS, Microsoft, Mobile, PC, Platform, Real time strategy, Remastered, Steam
0 0
0
3 game pertama dari Final Fantasy Pixel Remaster bakal dilancarkan bermula 29 Julai ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kita mendapat maklumat bahawa Square Enix akan melancarkan enam permainan pertama Final Fantasy yang dikumpulkan sebagai adaptasi remaster. Hari ini, mereka telah mengumumkan tarikh pelepasan untuk tiga game pertama antologi remaster untuk Final Fantasy, iaitu Final Fantasy, Final Fantasy 2 dan Final Fantasy 3, yang bakal tiba pada 28 Julai ini! Ketiga-tiga game ini bakal tersedia untuk platform PC melalui Windows serta Steam, manakala bagi platform mobile pula tersedia di peranti Android dan iOS.

Peminat Final Fantasy perlu diingatkan bahawa koleksi pixel remaster ini sangat berbeza daripada game Final Fantasy moden seperti yang kita lihat sekarang. Setiap game ini akan dimainkan secara 2D, di mana grafik piksel akan mewakili watak dan lokasi, serta akan memberi pengalaman klasik yang cukup mengujakan peminat.

Buat masa ini, hanya 3 koleksi pertama Pixel Remaster sahaja yang diumumkan tiba pada hujung bulan Julai nanti. Manakala 3 lagi game mereka, iaitu Final Fantasy 4, Final Fantasy 5 dan Final Fantasy 6 bakal diumumkan pelancarannya dalam tahun 2021 ini juga.

Menurut halaman Steam untuk koleksi Pixel Remaster, mereka menyatakan yang game ini berdasarkan Final Fantasy asal dari tahun 1987, tetapi ia mempunyai ciri dan kandungan berbeza dari versi game asal. Steam juga masih belum mengemaskini maklumat mengenai keperluan sistem untuk bermain game tersebut.

Maklumat mengenai koleksi Pixel Remaster ini telah didedahkan semasa acara E3 2021 yang lalu. Ramai peminat tidak sabar untuk bermain game kegemaran mereka dalam versi piksel dan menjadikannya sebagai koleksi. Kita sudah pun diberitahu mengenai ketibaan tiga game pertama dari koleksi ini, jadi hanya tinggal lagi 3 game yang terakhir sahaja untuk ditunggu.

Pemain boleh mendapatkan bundel Final Fantasy Pixel Remaster lengkap ini melalui pra-pesanan dengan harga RM330.72 di Steam. Jangan lupa untuk dapatkan 3 game pertama dari koleksi ini bermula 29 Julai nanti! Untuk membaca segala liputan kami mengenai Final Fantasy, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy Pixel RemasterMobilesquare enixsteam
Previous Post

Peminat membeli hak nama bintang untuk memperingati VTuber Kiryu Coco!

Next Post

COD Black Ops 4, WWE 2K Battlegrounds semuanya Percuma dalam PlayStation Plus Julai 2021 ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
COD Black Ops 4, WWE 2K Battlegrounds semuanya Percuma dalam PlayStation Plus Julai 2021 ini!

COD Black Ops 4, WWE 2K Battlegrounds semuanya Percuma dalam PlayStation Plus Julai 2021 ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd