Genshin Impact baru-baru ini telah memenangi anugerah dalam The Game Awards 2021 sebagai Best Mobile Game! Sudah tentu ramai yang menunggu dan mengharap untuk sebarang hadiah yang diberikan dari pihak Genshin Impact. MiHoYo memang tidak mengecewakan dan memberikan ganjaran lumayan kepada semua pemain. Sempena anugerah itu, semua pemain Genshin Impact akan mendapat 1600 primogem mulai 11 Disember 2021 sehingga 14 Disember! Ia juga megucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepada mereka sepanjang pengembaraan ini!
Semua primogem yang akan diberikan memerlukan pemain untuk log masuk permainan selama empat hari. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran lumayan ini. Anda boleh membuat 10-pull gacha! Banner watak baru juga akan tiba tidak lama lagi dan ini peluang yang baik untuk menambah jumlah primo yang anda ada sekarang!
Tentang Genshin Impact
Ia merupakan permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play!

Kemas kini terbaru juga akan membawa anda pelbagai watak baru seperti Arataki Itto dan Gorou. Untuk liputan lanjut mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post