Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

15 Game Baru Akan Datang ke Apple Arcade Pada Musim Cuti Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2024
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Senarai
0 0
0
15 Game Baru Akan Datang ke Apple Arcade Pada Musim Cuti Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim cuti ini, Apple Arcade bakal membawa senarai game baru yang menjanjikan pengalaman menarik untuk keluarga dan para gamer. Dengan 15 tajuk menarik yang akan tiba dalam beberapa bulan akan datang, perkhidmatan ini menyediakan sesuatu untuk semua orang—daripada game papan luncur di New York hingga pengalaman klasik FINAL FANTASY yang dihidupkan semula.

5 Disember

Kredit: Apple Arcade

Boggle: Arcade Edition membawa permainan teka kata klasik ke Apple Arcade dengan mod multiplayer baru dan pengembaraan solo, sesuai untuk pemain yang ingin mencabar rakan dan keluarga atau meningkatkan kemahiran kata mereka secara individu.

Kredit: Apple Arcade

PAC-MAN 256+ menawarkan versi moden bagi game klasik PAC-MAN, dengan cabaran baru, matlamat, dan upgrade. Pemain akan menavigasi labirin, mengelak hantu, dan mengatasi ancaman Glitch, menjadikan setiap sesi lebih mendebarkan dan mengasyikkan.

Kredit: Apple Arcade

Hot Wheels: Race Off+ membolehkan pemain mengawal 30 kereta ikonik Hot Wheels merentas 60 litar yang mencabar graviti. Dengan peluang untuk menaik taraf, booster, dan pilihan untuk bersaing di papan pendahulu Game Center, game ini menggabungkan kelajuan tinggi dengan persaingan mesra.

9 Disember

Dua judul menarik menghidupkan kembali pengembaraan klasik di Apple Arcade: FINAL FANTASY IV (3D REMAKE)+ dan FINAL FANTASY IV: THE AFTER YEARS+.

Kredit: Apple Arcade

Remake FINAL FANTASY IV membawa grafik yang diperbaharui, gameplay yang lebih baik, dan lakonan suara untuk memperkenalkan pemain baru kepada sistem Active Time Battle dan jalan cerita ikoniknya.

Kredit: Apple Arcade

The After Years pula menyusul, memluaskan kisah epik ini dengan sepuluh kisah naratif baru, watak-watak yang dikenali, serta ciri gameplay unik seperti Lunar Phases dan Band Abilities, yang menambah kedalaman dan strategi.

9 Januari

Kredit: Apple Arcade

Skate City New York membolehkan pemain meluncur di jalan-jalan New York City yang berwarna-warni, dengan mod Free Skate dan Pro Skate. Dengan lokasi dunia nyata, dan pelbagai aksi, game ini membawa semangat New York ke skrin kecil.

Kredit: Apple Arcade

Three Kingdoms HEROES membawa pemain ke pertempuran strategik di China purba. Dalam game strategi turn-based ini, pemain membentuk pasukan jeneral terkenal dari siri Romance of the Three Kingdoms oleh Koei Tecmo, setiap satu dengan keupayaan unik. Dengan pilihan untuk permainan solo dan perlawanan global, game ini memerlukan kepintaran strategik dan kemahiran taktikal.

Kredit: Apple Arcade

FINAL FANTASY+, remaster daripada FINAL FANTASY yang asal, memberi peluang kepada peminat untuk menghidupkan kembali pengembaraan ini dengan UI yang diperbaharui dan ciri kemudahan seperti auto-battle. Game ini meraikan kisah klasik Warriors of Light dalam misi mereka untuk menyelamatkan dunia.

Kredit: Apple Arcade

Trials of Mana+ melengkapkan senarai pelancaran 9 Januari, menyajikan misi epik untuk menggunakan kuasa mana bagi melindungi dunia. Remake ini menawarkan grafik yang moden, lakonan suara, episod baru selepas penamat, dan sistem pertempuran yang diperbaharui, membawa sentuhan segar kepada dunia ajaib asalnya.

Lebih Banyak Lagi di Apple Arcade

Sebagai tambahan kepada sorotan ini, lebih banyak judul eksklusif akan datang, termasuk Barbie Color Creations+ dan Little Cities: Diorama (Apple Vision Pro) pada 5 Disember, dengan Gears & Goo (Vision Pro), Rodeo Stampede+, dan It’s Literally Just Mowing+ dilancarkan pada 9 Januari.

Untuk butiran lanjut, semak tab Apple Arcade di App Store, di mana anda boleh temukan banyak lagi untuk dinikmati sepanjang musim cuti ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apple ArcadeGame
ShareTweetSend
Previous Post

JDM: Japanese Drift Master Akan Dilancarkan Pada Pertengahan 2025

Next Post

Netflix Malaysia Menaikkan Harga Langganan di Semua Pelan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Netflix Malaysia Menaikkan Harga Langganan di Semua Pelan

Netflix Malaysia Menaikkan Harga Langganan di Semua Pelan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd