Seramai 141 orang yang mencipta Hack untuk game yang popular, PlayerUnknown’s Battleground, atau lebih dikenali dengan PUBG, telah ditangkap! Mereka juga yang mencipta hack tersebut mengandungi Virus Trojan. Exp.gg melaporkan yang nombor penangkapan yang membuat hack telah mencecah 141 orang. Pada Januari, seramai 120 orang berjaya ditangkap (berita dari Bloomberg) diikuti dengan 15 orang pada bulan April.
Lebih 200 perkakas di rampas, termasuk PC, USB dan juga peranti mobile. Dipastikan juga bahawa software tersebut mempunyai virus trojan di dalamnya yang boleh mencuri data pemain. Semasa bulan April lepas, developer PUBG, Blue Hole memberi kenyataan bahawa mereka sedang mengumpul maklumat untuk mencari mereka yang mencipta juga menjual software hack tersebut.
Jadi, setelah lama pemain PUBG bergelumang, bergelut dan berlawan dengan mereka yang main hack ni, sehingga kini, baru 141 di tangkap. Kepada pemain yang tegar, nak tanya sikit, hacker dah kurang ke? Adakah game semakin baik? Korang boleh tinggalkan pandangan korang di bawah.
@gamersantaimy
Discussion about this post