Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 watak One Piece paling popular diumumkan dari undian seluruh dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
10 watak One Piece paling popular diumumkan dari undian seluruh dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Shueisha telah mendedahkan 10 watak One Piece paling popular di seluruh dunia, dan berkongsi hasil undian rasmi melalui halaman YouTube One Piece. Hasil keputusan untuk 10 watak paling popular di seluruh dunia merangkumi data dari rantau Asia, Oceania, Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, bersama dengan data dari Afrika, Jepun, Amerika Latin dan Caribbean.

10 watak One Piece paling popular di seluruh dunia adalah:

  1. Monkey D. Luffy – 1,637,921 undian
  2. Roronoa Zoro – 1,445,034 undian
  3. Nami – 1,085,141 undian
  4. Vinsmoke Sanji – 970,286 undian
  5. Trafalgar D. Water Law – 646,686 undian
  6. Nico Robin – 599,835 undian
  7. Boa Hancock – 392,951 undian
  8. Carrot – 388,565 undian
  9. Portgas D. Ace – 355,503 undian
  10. Sabo – 318,869 undian

Poll rasmi ini menyenaraikan 100 watak paling popular, di mana Shanks, Tony Tony Chopper, Usopp, dan Yamato berjaya tersenarai sebagai 20 watak tertinggi paling popular di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tiada siapa boleh mengalahkan bakal Pirate King kita kerana keputusan di setiap wilayah hampir sama di mana Monkey D. Luffy mendapat undian tertinggi di Amerika Utara, Asia, dan Jepun sebagai watak paling popular. Nami pula adalah watak yang paling popular di Eropah, Amerika Latin, Caribbean, dan wilayah Oceania. Roronoa Zoro akhirnya menjadi watak paling popular di Timur Tengah dan Afrika.

Sekiranya tidak beberapa tahu tentang One Piece, anda boleh mula membacanya secara percuma di halaman Shueisha MANGA Plus yang menawarkan bab percuma untuk tontonan peminat. Harap maklum, untuk membaca semua bab, peminat harus membeli jilid rasmi dari pengedar sah. Jika tidak, anda boleh membaca segala liputan kami tentang francais One Piece seperti kemaskini manga, permainan video, dan anime di pautan ini.

Sumber – One Piece

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaMonkey D.Luffyone piecePollRoronoa ZoroShueisha
Previous Post

Jom beli-belah! Diskaun Kaw-kaw sehingga lebih 55% di JT Game Store Raya Sale!

Next Post

ROG hasilkan laptop Gaming berkonsepkan unik untuk Top Pro Skateboarder Nyjah Huston!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ROG hasilkan laptop Gaming berkonsepkan unik untuk Top Pro Skateboarder Nyjah Huston!

ROG hasilkan laptop Gaming berkonsepkan unik untuk Top Pro Skateboarder Nyjah Huston!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd