Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 watak anime popular dengan angka BUNUH paling tinggi!

Maira by Maira
June 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
10 watak anime popular dengan angka BUNUH paling tinggi!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau tengok anime shonen ataupun seinen, kebanyakkannya mempunyai scene berlawan dan menyebabkan kematian. Ada juga yang hanya menggunakan strategi untuk menghapuskan musuh mereka. Agak-agaknya watak anime mana yang membunuh paling ramai orang? Mesti ramai watak begitu, tetapi kalau nak dibandingkan memang susah kerana terlampau banyak anime yang telah ditayangkan. Kami ada beberapa watak anime popular yang termasuk dalam kategori tersebut. Tetapi ia bukanlah dalam turutan. Ingin tahu siapakan mereka ini? Boleh tengok senarai di bawah ini.

Zeno (Dragon Ball Super)

Watak comel ini jika sekilas pandang nampak baik dan seperti tidak akan mencederakan sesiapa. Tetapi Zeno sebenarnya watak terkuat dalam Dragon Ball Super. Kalau anda ingin tahu, Zeno telah memusnahkan 6 universe dalam francais kerana dia merasakan 18 universe terlampau banyak. Bayangkan 6 universe itu berapa juta penduduk pula yang tinggal di sana. Kalkulator pun boleh rosak kalau kira.

Lelouch (Code Geass)

Watak antu-hero kegemaran ramai, Lelouch telah meggunakan kuasa Geass untuk mengawal minda seseorang dan telah membunuh lebih daripada daripada beribu-ribu orang sepanjang siri.

Light Yagami (Death Note)

watak anime popular

Light yang mulanya nampak seperti watak baik terus berubah selepas dia mendapat Death Note dan boleh dikatakan sebagai watak yang banyak membunuh dalam siri tersebut selain Ryuk. Dia hanya perlu menulis nama mangsanya dalam Death Note sahaja untuk membunuh mereka. Tetapi mengikut data pada Death Note, lebih daripada 120,000 yang telah dibunuh oleh Light.

Madara (Naruto Shippuden)

Siapa sahaja tidak mengenali Madara, salah satu watak antagonis hebat dalam siri Naruto Shippuden. Dia yang ingin hentikan peperangan telah mengorbankan ramai orang untuk merealisasikannya dan semasa Perang Ninja Ke-4, dia seorang sahaja mampu mengalahkan kesemua shinobi dalam Division 4 dengan mata Sharingan dan Rinnegan.

Meliodas (Seven Deadly Sins)

watak anime popular

Sebagai Sin of Wrath, Meliodas mempunyai kuasa pemusnah yang sangat kuat dan ini dibuktikan dengan kemusnahan Kingdom of Danafor. Selepas melihat Liz dibunuh, Meliodas telah hilang kawalan kepada kuasanya dan musnahkan keseluruhan kerajaan tersebut. Tapak kerajaan itu tidak meninggalkan apa-apa kesan dan kosong sahaja. Jika dimasukkan dengan kemusnahan kerajaan itu dan misi Meliodas yang lama, lebih daripada 350,000 orang juga yang telah terkorban.

Ryomen Sukuna (Jujutsu Kaisen)

watak anime popular

Sukuna mempunyai cursed energy yang tinggi malah boleh mengembalikan semula anggota badannya yang hilang dengan serta merta. Dia antara cursed spirit paling kuat dalam siri Jujutsu Kaisen dan dikatakan bahawa dia telah membunuh hampir 3000 orang.

Eren Yaeger (Attack on Titan)

watak anime popular

Selepas mendapatkan kuasa Founding Titan, Eren telah memulakan Rumbling yang mengejutkan semua Colossal Titan yang mula bergerak memusnahkan segala benda yang berada pada jalan mereka. Boleh dikatakan peluang untuk terlepas daripada dipijak Titan tersebut sangat tipis kerana suhu badan mereka yang sangat panas. Selepas Eren dihentikan, hampir 80% populasi manusia telah terkorban.

Giorno Giovanna (Jojo’s Bizarre Adeventure)

watak anime popular

Stand merupakan kuasa hebat yang dimilik oleh watak-watak dalam siri JoJo. Giorno Giovanna juga tidak terlepas kerana dia mempunyai pertalian darah dengan keluarga Joestar. Semasa berlawan dengan Diavolo, Giorno telah mendapatkan kuasa Requiem yang membolehkan Stand-nya, Gold Experience mendapat tambahan kuasa. Requiem membolehkan seseorang terperangkap dalam satu “loop” infiniti, jadi kalau dibunuh oleh Requiem, boleh dikatakan bilangannya tidak terkira kerana loop tersebut.

Tanya (Saga of Tanya the Evil)

Selepas dilahirkan semula sebagai seorang perempuan bernama Tanya Degurechaff, seorang pekerja telah menyertai pasukan tentera untuk teruskan kehidupannya. Disebabkan kebolehan hebatnya semasa di medan perang, Tanya akhirnya mendapat pangkat sebagai Lieutenant Commander. Siri ini penuh dengan peperangan ditambah pula dengan personalitinya yang agak kejam, boleh dikatakan Tanya telah mengorbankan ribuan orang yang berada di medan perang.

Rei / Lilith (Neon Genesis Evangelion)

watak anime popular

Lilith telah dicipta oleh First Encestrak Race berbillion tahun dahulu dan Rei telah bergabung dengannya lalu membentuk satu makhluk hebat. Ditambah pula dengan Third Impact, Lilith telah menyerang dan hampirnya melupuskan semua manusia. Hampir 9 billion manusia dianggarkan terkorban daripada peristiwa tersebut.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan pada hari ini. Bagi anda, siapa pula watak anime popular yang kaw-kaw bunuh ramai orang? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeTrivia
Previous Post

Tonton vivo X PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Final pada 18 Jun & menang pelbagai hadiah menarik

Next Post

Aksesori yang boleh tingkatkan prestasi untuk gamer mobile

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Aksesori yang boleh tingkatkan prestasi untuk gamer mobile

Aksesori yang boleh tingkatkan prestasi untuk gamer mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd