Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 Pertarungan anime shonen paling panjang mengikut jumlah episod!

Maira by Maira
April 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
10 Pertarungan anime shonen paling panjang mengikut jumlah episod!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime shonen memang padat dengan aksi pertarungan hebat tetapi sampai satu masa ia menjadi sangat panjang dan mengambil jumlah episod yang banyak. Kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda, senarai beberapa pertarungan dalam anime yang panjang mengikut jumlah episod siri masing-masing. Tanpa membuang masa, mari lihat pertarungan anime mana paling panjang dalam sejarah!

10. Asta & Yami vs Dante – Black Clover (5 episod)

anime shonen

Semasa arc Spade Kingdom, boleh dikatakan ia merupakan salah satu pertarungan yang dinantikan oleh peminat Black Clover. Ia agak sengit kerana Dante merupakan ahli Dark Triad yang terkuat. Anda bukan sahaja dapat melihat kekuatan hebat Asta malah kerjasama Black Bulls dalam mengalahkan Dante.

9. Netero vs King – Hunter x Hunter (5 episod)

anime shonen

Ini adalah salah satu pertarungan ikonik dalam siri Hunter x Hunter. Ia merupakan plot fokus untuk arc Chimera Ant. Meruem sebenarnya tidak mahu melawan Netero. Tetapi Netero mesti menghentikan rancangan Chimera Ant dan dia sanggup melakukan pengorbanan terakhir dengan meletupkan ros lelaki tua itu untuk selesaikannya.

8. Ichigo vs Ulquiorra – Bleach (7 episod)

anime shonen

Perlawanan antara Ichigo dan Ulquiorra terasa lebih lama kerana terdapat filler antaranya. Walaupun begitu, boleh dikatakan ia mempunyai kandungan sebanyak 7 episod. Pada mulanya pertarungan ini hanyalah perlawanan pedang yang biasa tetapi bertukar menjadi lebih ganas apabila Ulquiorra mendedahkan form Murcielago. Ichigo juga telah membuka form Hollow baru kerana kesukaran untuk mengatasi Ulquiorra.

7. Naruto vs Pain – Naruto: Shippuden (7 episod)

anime shonen

Selepas Pain menghancurkan Konoha dan memusnahkan shinobi dengan banyaknya, Naruto telah memujuknya untuk mengembalikan nyawa yang diambilnya. Malang sekali, perundingan itu tidak berjaya dan memaksa Naruto untuk berlawan dengan Pain. Di sini juga anda boleh melihat detik di mana Naruto hilang kawalan terhadap bentuk Kyuubi-nya sebelum mendapat pertolongan daripada bapanya.

6. Yusuke vs Sensui – Yu Yu Hakusho (9 episod)

Apabila Yusuke dan Sensui mula berlawan, Yusuke sangat terdesak untuk menghalang Sensui daripada melepaskan gerombolan syaitan ke alam manusia. Tetapi semasa pertarungan itu, pelbagai perkara yang didedahkan. Kita boleh melihat bagaiman Sensui boleh berubah hati dan menjadi penjahat manakala Yusuke yang tidak lagi peduli tentang selamatkan orang lain. Dia hanya ingin menamatkan pertarungan tersebut.

5. Tsuna vs Xanxus – Katekyo Hitman Reborn! (9 episod)

anime shonen

Untuk mendapat gelaran Bos Vongola, Tsunayoshi Sawada dan Xanxus bertarung antara satu sama lain dalam Sky Battle. Walaupun agak sukar untuk Tsuna menang dalam pertarungan itu tetapi dengan gabungan Zero Point Breakthrough miliknya, dia berjaya juga mengalahkan Xanxus. Bukan setakat itu sahaja, Vongola Ring juga tidak menerima Xanxus sebagai pemiliknya.

4. Gohan vs Cell – Dragon Ball Z (11 episod)

anime shonen

Gohan yang sering dilihat seperti seseorang yang mudah gementar dan lemah akhirnya dapat mendapat peluang untuk membuktikan dirinya semasa pertarungan menentang Cell. Walapun Cell mempunyai kuasa yang hebat dalam Perfect Form, Gohan mampu membuka Super Saiyan 2 dan mengalahkannya dengan salah satu kamehameha yang hebat dalam sejarah siri Dragon Ball.

3. Luffy vs Doflamingo – One Piece (13 episod)

Doflamingo ialah lawan yang kejam dan boleh menggunakan Buah String-String miliknya pada tahap yang paling kreatif. Keadaan ini memaksa Luffy untuk keluarkan Gear 4 dan King Kong Gun untuk menumpaskannya. Selama 13 episod ini, peminat One Piece memang disajikan dengan kandungan yang menarik sepanjang pertarungan.

2. Goku vs Frieza – Dragon Ball Z (19 episod)

anime shonen

Dengan 19 episod keseluruhan, ia memang satu pertarungan yang sengit antara Goku dan Frieza. Bukan setakat itu sahaja, anime ini juga mampu mengejar kandungan manga dengan pantas. Anda akan tonton pertaruhan tinggi dalam menewaskan musuh paling jahat dalam DBZ sebelum planet meletup, tambah pula dengan babak ber”emosi” daripada detik belas kasihan oleh Goku.

1. Luffy vs Katakuri – One Piece (22 episod)

anime shonen

Buat masa ini, babak Luffy berlawan Katakuri merupakan pertarungan yang paling panjang untuk anime shonen dengan jumlah 22 episod. Dalam pertarungan ini, Luffy mendapati bahawa dia Katakuri menggalaknya untuk mencapai tahap kekuatan yang baru. Ia sememangnya satu pertarungan yang mantap lebih-lebih lagi dengan gerakan baru berasaskan Haki serta Gear 4. Memang puas hati kalau anda menontonnya.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan, apa pendapat anda tentang episod pertarungan anime shonen yang panjang ini? Adakah anda sanggup tunggu setiap minggu atau “binge” terus semua episod seperti ini? Boleh kongsi pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime shonen, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverbleachDragon Ball ZHunter X HunterKatekyo Hitman Reborn!narutoone pieceyu yu hakusho
Previous Post

Naruto G Fuel Miso Ramen untuk kekal fokus seperti Naruto!

Next Post

Black Clover – Kenapa Licita tinggalkan Asta?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Black Clover – Kenapa Licita tinggalkan Asta?

Black Clover - Kenapa Licita tinggalkan Asta?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd