Dunia gaming dari dulu semakin berkembang dan kini pelbagai jenis permainan yang dapat kita mainkan. Walaupun begitu, kita masih akan kembali ke game retro yang menjadi peneman semasa kita kecil. Game retro 8-bit dan 16-bit dahulu inilah yang menjadikan kita seorang gamer. Kali ini, saya ingin memberikan anda senarai game retro popular yang masih dimainkan. Permainan yang tersenarai kebanyakannya tersedia di pelbagai platform dan konsol terkini.
Tetris

Permainan blok ini telah dilancarkan pada tahun 1984 dan mempunyai pelbagai versi. Versi terbaru Tetris iaitu Tetris Effect telah menambah banyak efek menarik pada permainan itu. Permainan ini sangat mudah untuk dimainkan, anda hanya perlu menyusun blok-blok yang jatuh memenuhi ruangan yang akan menjadi satu barisan yang lengkap. Barisan itu akan hilang untuk memberi ruang lain pada blok lain yang akan jatuh. Permainan akan tamat jika blok anda mencecah bahagian atas skrin.
Pacman

Permainan ikonik dari Bandai Namco Entertainment. Pacman telah dilancarkan pada tahun 1980 dengan nama Puckman. Permainan ini bukan sahaja terkenal di Jepun malah merupakan salah satu permainan ikonik yang sudah pasti dikenali ramai. Anda akan bermain sebagai Pacman yang akan memakan semua dot yang terdapat dalam maze tertutup. Jika anda berjaya makan semua dot tersebut, anda berjaya mengalahkan level tersebut.
Super Mario World

Siapa tidak kenal dengan watak itali dari Nintendo ini. Super Mario World merupakan permainan platform yang dilancarkan pada tahun 1990. Anda sebagai Mario akan mengembara untuk menyelamatkan Princess Toadstill dan Dinosaur Land dari penjahat Bowser dan Koopaling. Mario akan melepasi semua level dengan berbekal nyawa yang sedikit tetapi anda akan menerima beberapa cendawan yang mampu memberikan kemampuan lain untuk Mario.
Pong

Tahukah anda bahawa Pong merupakan salah satu permainan komputer pertama yang dibangunkan. Ia telah dilancarkan oleh Atari pada tahun 1972. Permainannya sangat mudah, seperti sukan tenis, anda cuma perlu pastikan bola dilantun kembali kepada pihak lawan. Jika mereka tidak sempat untuk melantunkan kembali bola itu, anda akan menang set itu. Pemain mana yang mengumpul 10 mata dahulu akan menang!
Chrono Trigger

Permainan RPG ini telah dilancarkan pada 1985 oleh Square dan merupakan salah satu permainan dalam siri Chrono. Pada waktu itu, ia merupakan satu permainan yang mempunyai grafik yang cantik, jalan cerita yang menarik dan mempunyai banyak penamat yang membuatkan pemain bermain permainan ini berulang kali. Chrono Trigger juga tersedia di PC untuk dimainkan.
Silent Hill

Permainan video horror ikonik yang sangat terkenal. Dari reka bentuk raksasa, hantu dan lembaga, semuanya sangat menyeramkan membuatkan Silent Hill sebuah permainan horror yang diminati ramai. Atmosfera yang terdapat dalam dunia Silent Hill mampu membuatkan ramai meremang bulu roma. Silent Hill yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1991 oleh Konami Digital Entertainment. Sehingga kini, masih ramai peminat yang menantikan permainan terbaru dari siri ini.
Donkey Kong

Satu lagi permainan retro ikonik yang dihasilkan oleh Miyamoto Shigeru, yang juga mencipta Mario. Dalam permainan ini, anda akan mengawal seekor beruk bernama Donkey Kong, bersama-sama monyet lain mengalahkan musuh mereka. Anda akan berlawan dengan Kremling, sekumpulan buaya yang diketuai oleh King K. Rool yang sering mencuri bekalan pisang anda.
Space Invaders

Permainan klasik Taito ini merupakan salah satu permainan shooter yang terbaik pada tahun 1978. Anda akan menembak barisan makhluk asing yang semakin lama mendekati anda. Ia amat menyeronokkan lagi-lagi melihat kapal makhluk asing itu meletup dan gagal menyerang kita.
Street Fighter 2

Kalau pergi arked permainan, sudah pasti anda akan menjumpai Street Fighter 2, permainan pertempuran dari Capcom. Permainan ini dikeluarkan untuk arked pada tahun 1991 dan dikeluarkan ke SNES untuk pemain bermain di rumah. Street Fighter 2 mempunyai beberapa watak menarik seperti Ryu, Akuma dan Chun-Li yang sehingga kini terkenal dengan gaya penamat mereka.
Super Metroid

Satu lagi permainan terkenal Nintendo yang dilancarkan pada tahun 1994. Ia merupakan permainan ketiga dalam siri Metroid dan sudah semestinya ramai peminat yang menantikan Metroid Dread yang akan keluar tidak lama lagi. Super Metroid merupakan permainan aksi penembak, di mana pemain akan meneroka Planet Zebes yang dipenuhi dengan raksasa. Terdapat banyak puzzle dan jalan tersembunyi untuk pemain teroka sambil menyelesaikan misi.
Itu sahaja yang dapat saya senaraikan untuk permainan retro yang masih dimainkan. Saya tahu ada banyak lagi permainan yang tidak senaraikan. Game retro apa yang anda selalu main? Boleh tinggalkan komen dibawah. Untuk mengikuti liputan kami mengenai permainan, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post