Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 FAKTA yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Multiplayer, Platformer, Senarai
0 0
0
10 FAKTA yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!
Share on FacebookShare on Twitter

Mario pertama kali membuat debut sulung pada tahun 1981 di dalam game arked klasik Donkey Kong. Lajukan masa pada 2023, dan kini dia dikenali sebagai salah satu maskot gaming paling popular di dunia. Walaupun begitu, rupanya masih ada banyak perkara rahsia yang orang ramai tidak tahu tentang Mario. Sempena tayangan filem akan datang, saya telah menyelami sejarah Super Mario untuk membawa beberapa fakta dan maklumat menarik anda mungkin tidak tahu sebelum.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah 10 fakta yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!

Game Super Mario Bros sebenarnya ada cheat nyawa ‘unlimited’

Banyak game pada zaman dahulu terkenal kerana tahap kesukarannya yang tinggi. Bayangkan korang berada di level akhir dan tanpa sengaja mati – terpaksalah pemain ulang daripada awal.

Dahulu saya anggap Super Mario Bros sangat susah, tetapi ternyata saya amat-amat bodoh. Kalau bermain Super Mario Bros seperti biasa; apabila menghabiskan semua ‘nyawa’, anda kembali ke World 1-1… Tetapi jika anda menahan butang A dan menekan butang Start, anda boleh bermula semula pada ‘World’ yang anda mati.

Cheat ini sah dan sebenarnya ditulis dalam ‘Official Nintendo Player’s Guide‘. Bayangkan betapa bagusnya kalau saya dapat tahu tentang cheat ini semasa kecil.

Mario sepatutnya boleh menembak pistol laser dan menaiki roket

Sebelum reka bentuknya disahkan, Mario yang dahulu direka sebagai watak yang lebih ‘ganas’. Dalam konsep awal untuk game, dia mempunyai pistol dan senapang laser di mana gameplay akan dibahagikan pada bahagian ‘platformer’ dan ‘shooter’. Pada masa yang sama, konsep Mario boleh menunggang roket atau awan turut dihasilkan tetapi akhir sekali, semua idea itu tidak dipakai.

Puak Toads sebenarnya tiada jantina

Sebenarnya, Puak Toads di Mushroom Kingdom tidak mempunyai mana-mana jantina walaupun pemakaian mereka menyerupai jantina spesifik. Dalam temubual bersama Gamespot, produser Nintendo Koichi Hayashida mendedahkan bahawa “Toads ialah bangsa tanpa jantina yang kemudian mengambil peranan dan ciri-ciri daripada jantina tertentu.”

Sebagai tambahan, Toad dan Toadette bukanlah pasangan, tetapi hanyalah kawan rapat.

Bowser dan Peach kantoi minum dalam Super Mario Kart

Dalam versi original Super Mario Kart; apabila Bowser dan Peach menduduki posisi 1-3 dalam perlumbaan, sebuah animasi khas akan ditunjukkan. Khususnya, Bowser dan Peach akan meraikan kemenangan mereka dengan meminum sebotol air arak champagne.

Apabila game ini dibawa ke pasaran barat, pihak penapis amat bimbang tentang isu ini lalu minta Nintendo untuk menukar animasi kemenangan Bowser dan Peach kepada sesuatu yang lebih mesra kanak-kanak.

Mario sebenarnya ada banyak nama

Sebelum memutuskan nama Mario, Game Designer Shigeru Miyamoto hampir memanggil watak ini sebagai ‘Mr Video‘, kerana menganggap nama ini akan lebih digunakan dalam judul-judul berikut.

Selain itu, dalam penampilan pertamanya dalam Donkey Kong 1981, Mario hanya dikenali sebagai ‘Jumpman’, memandangkan dia boleh melompat melepasi tong.

Satu salinan original game Super Mario Bros dijual pada harga lebih USD $100 ribu

Pada tahun 2019, sebuah salinan original kepada game Super Mario Bros, telah dijual pada nilai lebih USD 100K.

Apa yang membuatkan salinan ini sangat berharga adalah ia “merupakan salah satu game original yang masih dalam pakej, yang dihasilkan antara tahun 1984 dan 1985 – khusus untuk pasaran ujian di New York dan LA”. Ini menjadikannya antara game paling rare di dunia.

Sebelum ini, beberapa game telah dijual pada harga lima angka dalam beberapa lelongan tetapi ini merupakan game pertama untuk mencecah USD $100k.

Super Mario Bros disimpan pada kartrij 256-kilobit

Ya benar. Saiz game Super Mario Bros hanya 256-kilobit. Bagi mereka yang tidak tahu, 256 kilobit adalah bersamaan dengan 32 kilobait. Ini bermakna kita boleh memuatkan kira-kira 250,000 kartrij Super Mario Bros pada telefon pintar 64 GB.

Latar belakang dunia Mario sebenarnya menyedihkan dan tragik

Info ini datang daripada manual arahan Super Mario Bros, yang datang dengan satu naratif aneh yang tidak ramai orang tahu.

Rupa-rupanya, Bowser dan Koopa ialah ahli sihir hitam yang telah mengubah penduduk Mushroom Kingdom kepada semak, blok batu dan cendawan. Baki penduduk bandar kemudian telah diubah kepada makhluk coklat jahat dikenali sebagai goomba.

Ini bermakna setiap blok dan bata yang anda hancurkan sebenarnya adalah orang yang tidak bersalah. Dalam erti kata lain, Mario adalah seorang pembunuh.

Bukan kepala, tapi penumbuk

Mungkin ramai yang fikir Mario memecahkan batu bata menggunakan kepala tetapi hakikatnya, Mario sebenarnya menggunakan penumbuk.

Saya faham kenapa ramai tersilap sebab animasi ini berlaku dengan sangat pantas, lantas membuatkan ramai orang tersalah anggap Mario memecahkan batu dengan kepala. Jika anda melihat dengan teliti gambar di bawah, penumbuknya yang terkena batu-bata terlebih dahulu.

Mario yang dulu orang jahat, sering dera haiwan

Dalam game Donkey Kong Junior, Mario memainkan peranan sebagai watak jahat. Selepas kejadian game pertama, Donkey Kong telah dipenjarakan oleh Mario.

Memakai cambuk, Mario sering mendera Donkey Kong di dalam penjara. Anak Donkey Kong pula cuba sedaya upaya untuk membebaskan ayahnya manakala Mario memasang pelbagai perangkap maut untuk cuba membunuh monkey kecil itu.

Pencipta siri Shigeru Miyamoto berkata dia ingin menunjukkan bahawa kedua-dua Mario dan Donkey Kong, tidak semuanya buruk atau baik.


Untuk penonton di Malaysia, The Super Mario Bros. Movie akan ditayangkan pada 20 April. Baca segala liputan kami tentang francais Mario di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fakta dan TriviaSenaraiSuper Mario
ShareTweetSend
Previous Post

Suzume kalahkan One Piece: RED sebagai Filem Anime Ke-4 Paling Popular Sepanjang Zaman

Next Post

[Review] Dead Island 2 – Selamatkan diri daripada pertarungan berdarah tanpa henti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] Dead Island 2 – Selamatkan diri daripada pertarungan berdarah tanpa henti!

[Review] Dead Island 2 - Selamatkan diri daripada pertarungan berdarah tanpa henti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd