Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 fakta yang anda tidak tahu tentang Jill Valentine, heroin Resident Evil 3!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 3, 2020 - Updated on May 29, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PC
0 0
0
10 fakta yang anda tidak tahu tentang Jill Valentine, heroin Resident Evil 3!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak game Resident Evil pertama dikeluarkan pada tahun 1996, banyak game horror-survival lain telah dihasilkan dan gamers di seluruh dunia jatuh cinta dengan genre ini. Siri Resident Evil telah memperkenalkan banyak watak sepanjang sejarahnya dan peminat sejati mesti ingin tahu segala-galanya tentang watak kegemaran mereka.

Satu watak yang sangat popular dalam francais Resident Evil dan di seluruh dunia adalah Jill Valentine. Jill diperkenalkan dalam game Resident Evil yang pertama dan telah muncul dalam pelbagai permainan sejak itu. Memandangkan Resident Evil 3 Remake telah dilancarkan hari ini, mari kita selami kisah protagonis cantik kita ini. Berikut adalah 10 fakta yang anda tidak tahu tentang Jill Valentine. Jom kita baca terus!

Watak perempuan pertama yang boleh dimainkan di genre Horror-Survival!

Jill Valentine diperkenalkan sebagai salah satu daripada dua watak boleh dimainkan dalam game Resident Evil pertama apabila ia dikeluarkan pada tahun 1996. Game ini merupakan salah satu game horror-survival pertama untuk dikeluarkan dan kemudian memberi inspirasi kepada game terkenal lain pada masa akan datang. Sudah tentu ada game horror lain sebelum ini, tetapi Resident Evil dianggap sebagai game pertama yang benar-benar menyerlahkan genre horror-survival hari ini. Oleh itu, untuk bermain sebagai Jill adalah satu kejutan yang besar pada ketika itu. Wanita sebagai watak utama adalah sesuatu yang jarang, terutamanya dalam game survival-horror.

Keistimewaan khusus Jill!

Bermain sebagai Jill dalam Resident Evil merupakan pengalaman yang unik. Jill direka bentuk sangat berbeza daripada rakannya, Chris. Walaupun Chris boleh menerima lebih banyak serangan daripada musuh, Jill pun ada kelebihannya. Apabila anda mula-mula memulakan permainan, Jill mempunyai kunci dalam inventorinya, yang dia boleh guna untuk mengakses bilik-bilik terkunci di rumah agam sebelum Chris. Dia juga mempunyai slot inventori tambahan, yang bermaksud dia boleh membawa peluru dan herba tambahan berbanding Chris.

Mengapa Claire mengambil alih sequel kedua!

Permainan pertama dalam francais Resident Evil memberi tumpuan kepada Chris dan Jill ketika mereka menjelajah dan menyiasat sebuah rumah agam yang besar dan menakutkan. Tetapi apabila game kedua keluar, ia tertumpu kepada dua watak baru: Leon dan Claire. Mengapa mereka menukar watak secara tiba-tiba? Menurut pemaju, mereka inginkan watak-watak seterusnya untuk menjadi mentah, dan bukan individu yang berpengalaman dalam membunuh zombie. Amat sesuai kan kerana Leon adalah polis mentah yang baru sahaja memulakan hari pertamanya pada permulaan permainan!

Tetapi Jill Kembali!

Pemain yang jatuh cinta dengan Jill tidak perlu menunggu lama sebelum dia dimasukkan ke dalam game lain. Jill telah kembali untuk game ketiga dalam siri Resident Evil. Disebabkan jalan cerita untuk game ketiga, memang tidak masuk akal untuk Leon dan Claire kembali. Kerana itu, Jill telah dibawa kembali! Jalan cerita game ini berlangsung hanya dua bulan selepas game pertama, yang bermaksud pengalaman Jill di game pertama masih segar.

Jill pernah terjangkit virus sekali!

Walaupun Jill dianggap terlalu berpengalaman di Resident Evil 2, itu tidak bermakna dia kebal. Di Resident Evil 3, Jill diserang oleh antagonis utama, iaitu Nemesis, dan terjangkit dengan T-Virus! Menakutkan, betul? Tidak ramai peminat tahu yang watak ikonik ini pernah dijangkiti dengan virus bahaya tersebut.

Tetapi itu tidak menghalang Jill!

Walaupun Jill tidak banyak muncul di Resident Evil 5 dan cerita memberi tumpuan kepada Chris yang sedang mencarinya, Jill sebenarnya bukan bersembunyi untuk mengelakkan diri daripada zombie. Dalam DLC Lost in Nightmares, ia mendedahkan bahawa Jill hilang kerana dia mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Chris. Chris yang hampir dibunuh oleh Wesker diselamatkan oleh Jill. Jill menyerang Wesker untuk menyelamatkan Chris tetapi perbuatan ini mengakibatkan kedua-dua untuk terjun keluar daripada tingkap lalu sesat.

Perubahan mendadak Jill di RE5!

Mereka yang biasa dengan Jill dan francais Resident Evil mungkin kenal Jill dengan rambut pendek coklatnya. Dia mempunyai gaya rambut ini sepanjang sejarah siri. Dalam game kelima dalam siri itu, selepas Chris dan Sheva menemuinya, dia muncul sambil memakai pakaian biru ketat, dan mempunyai peranti merah yang tersangkut di dadanya, serta rambut panjang yang berwarna kuning perang. Ini berlaku kerana Wesker telah menjalan pelbagai ujian biologi ke atasnya. Peranti di dadanya adalah peranti kawalan minda dan T-Virus yang menjangkiti Jill menjadi sumber virus yang mengubah penduduk di Afrika Selatan dalam Resident Evil 5.

Jill berada dalam siri sejak ia bermula!

Jill adalah salah satu watak utama dalam francais Resident Evil. Dia berada di dalam permainan sejak game pertama dikeluarkan dan telah muncul dalam pelbagai game lain. Tetapi adakah itu benar? Apabila Resident Evil 6 diumumkan, peminat tertanya-tanya sama ada Jill akan menjadi sebahagian daripadanya. Malangnya, dia mengambil cuti dalam game ini. Adakah dia akan kembali untuk Resident Evil 8?

Permainan video bukanlah satu-satunya penampilan Jill!

Jill juga telah muncul dalam siri filem Resident Evil. Dia membuat penampilan pertamanya dalam filem di Resident Evil: Apocalypse pada 2004 sebagai pegawai polis yang meninggalkan Raccoon City dengan bantuan watak utama filem, Alice. Bersama dengan filem, dia juga muncul dalam versi novel siri ini serta dua game Marvel vs. Capcom.

Jill pernah dinamakan sebagai salah satu watak permainan video terbaik!

Jill Valentine merupakan watak yang popular di kalangan peminat, tetapi berapa ramai yang tahu betapa hebatnya Jill sejak game dikeluarkan? Pada tahun 2011, Guinness World Records Gamer’s Edition menamakan 50 watak permainan video terbaik sepanjang zaman. Dalam senarai itu, terdapat watak-watak seperti Mario, Cloud Strife, Lara Croft, dan Jill Valentine. Jill bukan hanya popular di kalangan peminat Resident Evil – dia juga salah satu watak permainan video terbaik pernah dicipta.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FaktaHeroinInfoJill valentineRemakeResident EvilResident Evil 2Resident Evil 3
Previous Post

Sekuel anime, Tiger And Bunny 2 diumumkan pada tahun 2022!

Next Post

[Review] Siapa kata game anime tak menarik? MY HERO ONE’S JUSTICE 2 menghiburkan kami okay!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] Siapa kata game anime tak menarik? MY HERO ONE’S JUSTICE 2 menghiburkan kami okay!!

[Review] Siapa kata game anime tak menarik? MY HERO ONE'S JUSTICE 2 menghiburkan kami okay!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd